Jumaat, 12 Disember 2014

10 Undang-Undang Pelik Dan ‘Gila’ Di Seluruh Dunia

undang-undang-pelik-dunia

Anda suka melancong? Tetapi adakah anda tahu peraturan di setiap negara yang anda lawati. Setiap negara memang ada undang-undangnya, tetapi adakalanyaundang-undang yang mereka kenakan, sungguh pelik dan tidak masuk akal. Kami ingin senaraikan 10 undang-undang pelik di seluruh dunia yang mungkin membuatkan anda geleng kepala.
1. Hanya juruelektrik bertauliah dibenarkan untuk menukar mentol lampu di Victoria, Australia
Berapa ramai mekanik yang diperlukan untuk menukar mentol lampu? Tiada, di Victoria. Negeri kedua paling padat di Australia mengharamkan mana-mana individu untuk menukar mentol lampu melainkan anda seorang juruelektrik berlesen. Mereka yang menentang undang-undang ini boleh didenda sehingga AU$ 10 (RM30).
2. Milan menetapkan bahawa rakyat mesti senyum pada setiap masa, atau dikenakan denda
Milan yang terletak Itali menyatakan bahawa anda perlu senyum setiap masa kecuali semasa majlis pengkebumian ataupun ke hospital. Mereka yang tidak senyum bakal didenda.
3. Di Florida, anda tidak boleh kentut di kawasan awam selepas jam 6 petang atau hari Khamis
Jika anda kentut pada waktu yang dilarang, anda akan disifatkan sebagai mengacau orang awam awam.
4. Di England, adalah menyalahi undang-undang untuk mati dalam Majlis Parlimen
Ini telah menjadi undang-undang yang paling lucu di United Kingdom pada tahun 2007.
5. Di Oklahoma, adalah menyalahi undang-undang untuk membenarkan keldai tidur di tab mandi anda selepas jam 7 malam.
PELIK.
6. Setiap satu daripada  lima lagu di radio Kanada mestilah dinyanyikan oleh penyanyi yang berasal dari Kanada.
7. Anda dilarang untuk menjadi gemuk di Jepun 
Adalah menyalahi undang-undang untuk menjadi gemuk. Pada tahun 2009, penggubal undang-undang menetapkan garis pinggang maksimum, bermakna setiap orang yang berumur lebih 40 tahun tidak mempunyai ukuran pinggang berukuran lebih 31 inci dan setiap wanita tidak boleh lebih 35 inci. Walau bagaimanapun, Jepun terkenal dengan sukan gusti SUMO. Hmmm.
8. Mengepam tandas selepas jam 10 malam adalah menyalahi undang-undang di Switzerland
Membersihkan atau mengepam tandas selepas jam 10 malam di bangunan apartmen adalah menyalahi undang-undang di negara Switzerland. Kerajaan menganggapnya sebagai salah satu pencemaran bunyi.
9. Di Chicago, adalah menyalahi undang-undang untuk makan di tempat yang sedang terbakar
10. Kehabisan minyak semasa memandu adalah satu kesalahan di Jerman.  
Jika kenderaan anda kehabisan minyak, anda perlu membunyikan hon untuk menarik perhatian umum. Jika gagal, anda akan didenda sehingga RM400 kerana membahayakan pemandu lain.


0 ulasan: