Khamis, 18 Disember 2014

Sibuk di Pejabat? Ketahui 5 Jenis Snek Sihat Untuk Dimakan di Pejabat

Jangan main-main kalau sebilik dengan zombi
Girls, could this be the most dreaded situation to be in when you’re out on a hot date
Want to get a new tablet for someone special this Christmas?
It's hard to watch the first 30 seconds without clicking the forward button.
They thought they got a makeover, but they were in for a better surprise.
Got old phones lying around? Trade them for a brand NEW Samsung GALAXY Note 4!
Have you seen these exclusive benefits up for grabs?
Ever wondered what it'd be like if everyone on social media starts to #DoMoreLah4Malaysia?
8 Ways You Can Make A Difference Using Your Online Skills
Can you convince your family to do this? You might win a brand new iPhone 6!
5 Reasons Why The New Maxis Network Is Better Than Ever
Your Memory Of Maggi Will Never Be The Same As Your Children's

Eating-at-work

Bagi yang sibuk bekerja di pejabat, daripada pagi sehingga lewat petang atau malam, sudah tentu kerap berasa lapar, bukan? Selain itu, oleh kerana terlalu sibuk dengan kerja, kadang-kadang kita tidak ambil peduli tentang diet harian – makan apa sahaja makanan yang cepat seperti fast foodjunk food dan sebagainya. Ini semua tidak menyihatkan dan bakal memudaratkan badan kita dimasa hadapan.

Berikut merupakan antara stok makanan yang menyihatkan yang perlu anda simpan di pejabat, sebagai penyelamat jika perut anda berbunyi minta diisi semasa bekerja. Makanan-makanan ini boleh digabungkan untuk menjadi satu hidangan yang lazat – bukan makanan masa lapang atau tea time sahaja, tapi untuk makanan tengahari pun boleh!
Roti gandum penuh
Sandwich adalah yang paling mudah untuk disediakan. Boleh saja makan roti kosong atau letakkan sesuatu pada roti anda untuk menyediakan makanan tengahari yang ringkas dan pantas! Yang penting, menyihatkan.
Yogurt rendah lemak
Boleh dimakan begitu saja. Anda juga boleh masukkan buah-buahan atau kekacang di dalamnya, ia akan menjadi satu hidangan yang tinggi nutrisi.
Tuna atau ayam dalam tin
Makanan-makanan ini tidak perlu dimasak, jadi ia mudah disediakan. Pilihlah jenis tuna atau ayam yang dipaketkan dalam air berbanding minyak kerana ia lebih rendah kalori. Letakkan sedikit mustard atau mayones dan nikmati dengan roti gandum penuh anda. Nah, siap!
Badam atau mentega kacang
Kekacang merupakan sumber protein, yang membuatkan anda lebih bertenaga. Terpulang mana satu pilihan anda, sama ada mahu dicampurkan ke dalam yogurt atau dinikmati bersama roti. Tapi ingat, jangan makan berlebihan pula, kerana makanan-makanan ini juga mengandungi kandungan kalori.
Buah-buahan
Selain dijadikan snek, buah-buahan boleh dijadikan hidangan versatil apabila dicampurkan ke dalam yogurt. Selain itu, anda boleh makan buah bersama roti. Bayangkan mentega kacang dimakan bersama pisang? Sedap!
Sangat mudah, bukan? Jom amalkan pemakanan yang sihat di pejabat, bermula hari ini!


 Sumber: Rapi

0 ulasan: