Isnin, 22 Disember 2014

Cuba sendiri resepi mudah Oreo Brownies



Hujung tahun merupakan waktu yang sesuai untuk pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga membuat majlis perkahwinan.
Selalunya, kek cawan menjadi pilihan di majlis perkahwinan tapi kali ini apa kata anda tukar selera para tetamu dengan menyediakan Oreo Brownies yang pastinya tidak memerlukan modal yang besar.

Jom cuba resepi Oreo Brownies ataupun 'Cookies and Cream Fudge Brownies' yang dipetik daripada The Goddess Kitchen.

Bahan-bahan:
165gm mentega
200gm coklat masakan yang dicincang
3 biji telur
2 biji telur kuning
2 sudu teh esen vanila
165gm gula perang
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk koko
Sedikit garam
152gm biskut oreo yang dipatah suku

Cara menyediakan:
1.Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah selsius.
2.Sediakan loyang berukuran empat segi yang digris.
3.Cairkan mentega dengan suhu sederhana kemudian angkat masukkan coklat cincang dan kacau sehingga coklat cair.
4.Pukul telur, kuning telur dan esen vanila sehingga kembang.
5.Masukkan gula perang dan pukul hingga bergaul rata. Kemudian tuang coklat cair ditepi mangkuk untuk mengurangkan buih udara.
6.Masukkan tepung, serbuk koko, garam dan setengah daripada biskut, kacau hingga rata.
7.Tuang ke dalam loyang dan tabur lebihan biskut oreo di atas dan tekan sedikit kedalam adunan untuk memudahkan potongan.

Selamat mencuba!

[Sumber Foto:lovethispic]

0 ulasan: