Isnin, 22 Disember 2014

Resepi mudah Coklat Marshmallow



Jika anda teringin merasai makanan atau manisan yang bertemakan coklat, kini ianya lebih mudah untuk dihasilkan!

Sebelum ini, banyak resepi melibatkan coklat memerlukan anda untuk menggunakan ketuhar, tetapi resepi yang kami kongsikan kali ini hanya perlu disejukkan dalam peti sejuk sahaja.

Bukan sahaja sebagai kudapan, Coklat Marshmallow juga sesuai diberikan sebagai cenderahati untuk tetamu dalam apa jua majlis kecil-kecilan.

Kami kongsikan resepi mudah Coklat Marshmallow yang dipetik daripada Resipi Citarasawan.

Bahan-Bahan:
1. 300 gram coklat masakan yang dicincang kecil
2. 80 gram marshmallow mini
3. 2 sudu kecil mentega

Cara-Cara:
1. Alas loyang bersaiz segi empat dengan kertas timah (aluminium foil)
2. Satukan coklat masakan dan mentega. Cairkan secara 'double boiler' hingga coklat mencair dan gaul rata.
3. Angkat dari dapur, masukkan marshmallow ke dalam coklat dan gaul rata dengan spatula.
4. Tuang ke dalam loyang dan ratakannya. Hentakkan sedikit loyang supaya marshmallow timbul di permukaan coklat. Hiaskan dengan coklat masakan putih atau hiasan yang disukai.
5. Simpan di dalam peti sejuk sehingga mengeras.
6. Keluarkan dari acuan, biarkan pada suhu bilik seketika sehingga coklat lembut sebelum dipotong dan dihidang.

Mudah, bukan? Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

[Sumber Foto: sevenscooking]

0 ulasan: