Jika di Malaysia sudah menjadi kebiasaan melihat restoran sushi dengan sistemconveyer belt. Sushi boleh dipesan dan kemudian dihantar menggunakan sistem ini. Masa penghantaran agak perlahan kerana perlu menunggu ia bergerak mengelilingi setiap meja di restoran.
Lain pula di Abu Dhabi yang mengetengahkan konsep roller coaster. Ya Roller Coaster! Terkejut? ROGO ialah restoran berkonsepkan roller coaster dan makanan bukan sahaja dihantar dengan lebih pantas tetapi sempat melakukan aksi lagak ngeri. Ianya dibuka di Yas Mall, Abu Dhabi dan mempunyai keluasan 14 000 kaki persegi. Terdapat 30 landasan roller coaster di dalam restoran ini bagi memastikan ia mampu menyampai pesanan makanan kepada 360 pelanggan dengan pantas.
0 ulasan:
Catat Ulasan