Sabtu, 20 Disember 2014

Jom cuba resipi mudah buat Crème Brulee



Kali ini jom kita cuba pencuci mulut dari France dimana nama asalnya adalah krim hangus.
Pencuci mulut ini sudah wujud sejak tahun 1731, jadi tidak hairanlah jika menu ini sering menjadi piihan untuk dihidangkan di hotel dan restoran.

Pencuci mulut ini agak unik dan apa yang menarik mengenai puding ini ialah gula di atas puding ini perlu dibakar untuk mendapatkan rasa gula hangus yang pastinya sangat enak.

Jom kita cuba resepi Crème Brule yang dipetik daripada Resepi Citarasawan.

Bahan-bahan:
200ml susu segar
200ml krim putar
2 atau 3 titis esen vanila
¼ cawan gula
2 biji kuning telur
2 biji telur
Gula untuk ditabur di atas Crème Brulee

Cara-cara:
1. Panaskan susu dan krim putar sehingga mendidih. Masukkan esen vanilla dan biarkan suam sebentar.
2. Pukul telur, kuning telur dengan gula. Jangan sampai berbuih. Masukkan adunan telur sedikit demi sedikit dalam adunan susu dan kacau sebati. Tapiskan.
3. Masukkan dalam ramekin hingga ¾ penuh. Susunkan ramekin dalam loyang yang telah diisi dengan air panas.
4. Bakar kira-kira 15-20 minit. Sejukkan kira-kira sejam sebelum disimpan dalam peti ais.
5. Taburkan gula di atas Crème Brulee dan gunakan 'blow torch' dengan api yang sederhana hingga gula menjadi perang.
6. Cara lain, masukkan Crème Brulee yang telah ditabur gula ke dalam ketuhar dan gunakan api diatas sahaja. Bakar hingga gula menjadi perang.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

[Sumber Foto: chowhound]

0 ulasan: