Khamis, 18 Disember 2014

11 Perkara Kotor Kamu Lakukan Tanpa Sedar

Jangan main-main kalau sebilik dengan zombi
Girls, could this be the most dreaded situation to be in when you’re out on a hot date
Want to get a new tablet for someone special this Christmas?
It's hard to watch the first 30 seconds without clicking the forward button.
They thought they got a makeover, but they were in for a better surprise.
Got old phones lying around? Trade them for a brand NEW Samsung GALAXY Note 4!
Have you seen these exclusive benefits up for grabs?
Ever wondered what it'd be like if everyone on social media starts to #DoMoreLah4Malaysia?
8 Ways You Can Make A Difference Using Your Online Skills
Can you convince your family to do this? You might win a brand new iPhone 6!
5 Reasons Why The New Maxis Network Is Better Than Ever
Your Memory Of Maggi Will Never Be The Same As Your Children's

COSonkenL4_1977.jpg

Bangun saja pasti kamu akan mencapai telefon bimbit, betul tak? Ini saja dah menjadi sentuhan bakteria pertama pada hari itu. Cosmo senaraikan perkara-perkara yang kotor yang kamu lakukan setiap hari tanpa sedar supaya kamu boleh pastikan kebersihan tubuh kekal sepanjang masa…atau bila kamu teringat lah!  *wink* #bersihitumesti
 1. Menyentuh Wang
Tahukah kamu yang terdapat lebih kuman pada duit syiling 50 sen kamu daripada tempat duduk tandas? Sesuatu untuk di fikirkan, betul tak?
2. Menaip Nombor PIN Kamu
Mungkin tangan kamu antara yang paling bersih dan anti-bakteria di dunia, tetapi berjuta-juta jari yang menyentuh papan kekunci di bank sebelum kamu mungkin tidak. Oh no! Kuman!
3. Minum daripada Botol atau Tin Minuman
Pernah tak kamu fikirkan perjalanan yang di lalui sekotak minuman ringan sebelum ia sampai ke mulut kamu untuk diminum? Dari trak ke bilik stor dan seterusnya ke tangan cashier di kaunter bayaran… Ia adalah dah bagaikan lombong kuman!
4. Mempercayai Peraturan ’5 saat (5 second rule)
Berita sedih, tetapi peraturan lima saat sebenarnya tidak berkesan. 99% daripada bakteria serta-merta berpindah kepada benda yang ia tersentuh. TIDAK!!!!
5. Menggunakan Telefon Kamu
Bilakah kali terakhir kamu cuci dan bersihkan telefon kamu? Tak pernah sekali pun!? Cosmo dah agak dah. Pasti bila kamu tahu yang telefon bimbit kamu mempunyai 500 kali lebih bakteria daripada tandas, mungkin kamu akan bersihkan SEKARANG juga!
6. Memakai Lipbalm Dengan Jari
Melainkan kamu baru sahaja membasuh tangan kamu, kamu sebenarnya menyapu dan meletakkan kuman terus pada bibirmu!
7. Membiarkan Kucing Menjilatmu
Ye, ia sememangnya so cute and adorable, tetapi ia merupakan satu bencana kebersihan. Fikirkan begini, adakah kamu akan biarkan suami, teman baik atau adik kamu cium kamu selepas dia menjilat punggungnya? OH TIDAK!!! So, fikir-fikirkanlah.
8. Membiarkan Berus Gigi Kamu Terdedah Kuman dari tandas kamu boleh tersembur sejauh 6 kaki bila tandas diflush. Sila letakkan berus gigi dalam almari ye Cosmoholics!
9. Menaip 
Keyboard komputer kamu mempunyai sekurang-kurangnya 5 kali lebih kuman daripada tempat duduk tandas. Adakah ini bermakna kita boleh minta majikan biayai kos beli barangan anti-bakteria kami? Hmm…
10. Tidak Kerap Membasuh Bra Kamu
Peluh payudara pasti berlaku, dan ia menyebabkan bakteria terkumpul di dalam bra cup kamu. Basuh coli kamu selepas beberapa kali memakai untuk mengelakkan ruam kulit yang dahsyat dan bau badan – yep, itu bau payudaramu ya!
11. Basuh Tangan Kamu
Tiada harapan sebenarnya… Fikirkanlah, kamu cuci tangan dan kemudian sentuh pemegang pintu untuk keluar tandas – di mana 95 peratus daripada orang-orang yang tidak membasuh tangan mereka dengan betul (atau 10 peratus yang tidak basuh langsung) telah meninggalkan kuman dan bacteria mereka.
BRB, rasanya maca kena mandi dengan sabun anti-bakteria 3 kali hari ni sampai betul-betul BERSIH!
Sumber: cosmopolitan.co.uk
Kredit gambar: Merlin

0 ulasan: