Isnin, 22 Disember 2014

Resepi mudah buat Tat Oreo Keju



Sekarang ini sudah menjadi viral di sosial media untuk biskut atau kek yang bertemakan keju.
Siapa yang tidak menyukai keju lebih-lebih lagi jika ianya digabungkan dalam adunan kek dan biskut, pasti rasanya akan lebih sedap dan berkrim.

Tetapi resepi kali ini agak berbeza dimana ianya bukan di dalam adunan kek atau biskut, tetapi di dalam adunan tat.

Jom ikuti resepi Tat Oreo Keju yang dipetik daripada Saji Online.

Bahan-bahan untuk kulit:
250gm mentega
500gm tepung
80gm gula
50gm koko oreo
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar tepung jagung

Bahan-bahan untuk inti tat:
250gm keju
100gm gula
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk limau nipis

Cara menyediakan:
1.Satukan semua bahan inti tat. Kemudian pukul hingga kembang.
2.Untuk membuat kulit tat, pukul mentega, gula dan telur hingga kembang.
3.Masukkan esen vanila dan pukul hingga rata.
4.Masukkan tepung gandum, koko oreo dan tepung jagung. Gaul hingga sebati.
5.Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam acuan tat. Bentukkan lubang di tengah- tengah acuan.
6.Masukkan inti tat ke dalam lubang acuan.
7.Bakar pada suhu 180 darjah selsius hingga masak.

Selamat mencuba!

[ Sumber Foto: Sajionline ]

0 ulasan: