Sabtu, 31 Januari 2015

20 Idea Perkahwinan Berkonsepkan Travel



1. Tetapkan kad jemputan dengan konsep travel – tiket penerbangan, passport125
2. Highlight kan tanda cinta anda pada travel3
3. Jadikan bandar atau tempat kesukaan anda sebagai tumpuan utama pada majlis perkahwinan4
4. Tukar guest book kepada glob dunia yang boleh ditandatangan oleh para tetamu majlis78
5. Boleh juga sediakan poskad vintaj untuk ditandatangan dan ditulis ucapan oleh tetamu9
6. Sediakan satu buku atau peta untuk memberi peluang kepada tetamu menanda cadangan tempat berbulan madu buat anda dan pasangan10
7. Jadikan kompas sebagai cenderahati kepada semua tetamu yang hadir11
8. Tag untuk luggage boleh juga dijadikan sebagai cenderahati buat para tetamu atau sebagai penanda kedudukan tempat mereka12
9. Jadikan peta tempat kegemaran sebagai salah satu perhiasan kecil pada pakaian hari bahagia anda seperti bowtie1314
10. Gantikan hand bouquet yang biasa dengan peta yang digubah menjadi bunga15
11. Sediakan backdrop dan prop bertemakan travel untuk para tetamu bergambar1716
12. Bawa rakan-rakan baik anda bersama dalam ‘trip’ tersebut18
13. Sediakan satu tiang yang menunjukkan tetamu anda datang dari mana19
14. Sediakan juga kad atau apa apa tanda yang menunjukkan anda dan pasangan berasal dari mana20
15. Sediakan tag customized nama anda dan pasangan beserta tarikh hari bersejarah itu21
16. Nota terima kasih bertemakan travel juga boleh dijadikan sebagai door gift buat tetamu yang hadir22
17. Sediakan hiasan pelamin dan meja makan pengantin yang bertemakan travel dengan meletakkan luggage, glob dunia, pas penerbangan, kapal terbang kertas dan sebagainya2324
18. Kek juga boleh dibuat lain daripada kebiasaan, dengan bertemakan travel25
19. Hiaskan meja dengan perhiasan berkaitan travel dan juga kata-kata ungkapan yang mempunyai kaitan dengan perkahwinan dan travel26
20. Sediakan satu sudut yang menceritakan harapan anda dan pasangan27

6 Hadiah Yang Paling Romantik Cara Drama Korea

Agaknya apa hadiah terbaik untuk diberikan kepada kekasih anda . Ada beberapa idea untuk anda beli sesuatu yang istimewa kepada si dia, diilhamkan oleh drama Korea,ada beberapa yang sweet dan cute, yang pasti akan membawa senyuman kepada wajah anda.

kdrama1


1. Sekotak coklat buatan anda sendiri – Dalam drama Boys Over Flowers, Guem Jan Di membuat coklat yang sangat comel ini istimewa untuk Goo Joo Pyo. Jika anda ingin sesuatu yang benar-benar istimewa untuk tersayang, coklat buatan anda sediri adalah terbaik untuknya. Lagi romantik jika anda ukir bentuk wajah si dia seperti yang dilakukan oleh Geum Jan Di. Walaupun ringkas tetapi serius anda akan rasa terharu malah si dia rasa begitu dihargai sekali.
kdrama2
2. Barangan kemas – Contoh terbaik dalam drama Pinocchio, apabila Choi Dal Po memberi Choi Di Ha butang dari bajunya? Paling bermakna lagi apabila butang baju tersebut dijadikan loket untuk rantainya.
kdrama5
3. Dream Catcher – Satu lagi barangan yang boleh dikatakan agak sweet ialahdream catcher. Dalam drama The Heirs, Cha Eun Sang telah memberikan Kim Tandream catcher sebagai ganti kepada wang untuk tumpang di rumahnya di California. Selain anda beli sendiri di luar, apa kata anda buat sendiri dream catcher. Sweet bukan?
kdrama3
4. Matching couple outfits – Mengapa tidak beli hadiah untuk anda berdua? Pilih beberapa barang yang hampir sama. Contoh terbaik, mungkin anda boleh beli kasut yang sama seperti dilakukan oleh Kim Tan dan Cha Eun Sang dalan drama The Heirs. Bukankah mereka berdua kelihatan sangat romantik mengenakan kasut sukan dengan rona shocking pink?
kdrama4
5. Snow globe – Apa lagi hadiah terbaik diberikan kepada kekasih anda? Penulis cadangkan anda berikan snow globe buat kekasih. Seperti dalam drama My Girl, Seol Gong-chan telah berikan Joo Yoo-rin snow globe untuk hadiah hari jadinya. Apa yang penulis tahu, snow globe mengingatkan seseorang kepada memori indah bersama.
jandi
6. Small vacation – Jika anda ada bajet lebih, apa lagi kejutkan kekasih anda dengan percutian bersama. Dalam drama Boys Over Flowers, Goo Joo Pyo telah membuat kejutan kepada Guem Jan Di dan membawanya bercuti ke sebuah pulau kecil. Jika anda tidak mampu, anda boleh pergi ke tempat-tempat romantik berdua yang ada di dalam negara ini.

Disney Ubah Selebriti Asia Tenggara Jadi Seperti Ikon Disney Princess

Re-imagined Disney Princesses (3)

The Walt Disney Company Southeast Asia (TWDC SEA) telah menugaskan Michael Chevas, jurugambar imaginatif yang terkemuka dari Thailand, untuk merubah sembilan selebriti dari seluruh Asia Tenggara menjadi ikon Disney Princess sebagai sebahagian daripada sesi fotografi kalendar Disney Princess 2015. Bersama tiga lagi model terpilih, 12 wanita ini menjadi lambang hikayat Disney Princess.
Selebriti pilihan dari Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand yang menggayakan konsep baharu tetapi masih mengekalkan ciri-ciri klasik Disney Princess telah berjaya menghayati watak wiranita anggun yang disukai ramai terutamanya menggalakkan gadis-gadis untuk mencapai potensi diri mereka. Berbekalkan warisan penceritaan yang tiada tandingan dan watak kesayangan ramai, setiap Disney Princess melambangkan kualiti inspirasi unik seperti baik hati, kekuatan, kasih sayang, kesetiaan dan keberanian.
Sembilan selebriti terpilih ialah personaliti yang menunjukkan sifat positif dan menjadi inspirasi terbaik kepada kanak-kanak untuk mengetahui bahawa kecantikan yang sebenar datang dari sifat dalaman seperti hati yang baik, pemurah dan penyayang. Selebriti ini ialah:
Indonesia
  • Sandra Dewi sebagai ‘Cinderella’

Malaysia
  • Daiyan Trisha sebagai ‘Snow White’
  • Marsha Milan sebagai ‘Elsa’
Re-imagined Disney Princesses (1)
Filipina
  • Kim Chiu sebagai ‘Mulan’
  • Sarah Geronimo sebagai ‘Rapunzel’


Thailand
  • Best sebagai ‘Jasmine’
  • Gam sebagai ‘Maleficent’
  • Proud sebagai ‘Ariel’
  • WaWa sebagai ‘Belle’




Peminat dari seluruh Asia Tenggara boleh melayari laman Facebook Disney Channel (www.facebook.com/DisneyChannelAsia) untuk melihat gambar-gambar Disney Princess yang diberi nafas baharu.

PERCUMA SAMPEL PRODUK FEMININ

12 Adat Tradisi Perkahwinan Dari Seluruh Dunia

Adat perkahwinan Melayu di Malaysia terkenal dengan adat merisik, majlis berinai, membawa dulang hantaran, bersanding, majlis menepung tawar dan pelbagai lagi. Tapi, tahukah anda mengenai adat tradisi perkahwinan dari seluruh dunia yang sangat berbeza antara satu sama lain?
Jom tengok:
1. Pasangan pengantin di Venice akan menaiki gondola melalui terusan besar.81389618079_950x600
2. Foto yang pernah diterbitkan pada isu bulan Jun 1951 di National Geographic menunjukkan dua wanita yang menjalankan tradisi sembahyang ‘rosaries’ di gereja St. Wolfgang, Austria sedang berbual. Ibu pengantin lelaki sulung akan memakai topi berbentuk kipas yang berusia lebih daripada 500 tahun untuk diturunkan kepada pengantin perempuan.2
3. Pengantin perempuan Yahudi Yaman di Gaza memakai pakaian perkahwinan tradisional kaumnya. Gambar ini pernah muncul dalam isu Julai 1985 National Geographic.3
4. Paderi Addisu Abebe, 23, bersama isterinya Destaye Amare, 11, berkahwin dalam majlis tradisi orang Ethiopia di Gondar. Menurut jurugambar, Stephanie Sinclair, memandangkan Abebe adalah paderi, beliau diwajibkan berkahwin dengan anak dara.4
5. Di Kazakhstan, pengantin diapit oleh dua penari tradisional ketika menanti wajahnya didedahkan di pentas yang dipanggil ‘Astana’. Majlis akan bermula sebaik sahaja kain yang menutupi wajahnya dibuka.5
6. Mengikut tradisi, keluarga Samburu di Kenya mengatur perkahwinan untuk anak-anak perempuan mereka semuda 10 tahun. Tarian pahlawan akan dilakukan (seperti dalam gambar) dipercayai membawa tuah kepada pasangan baru.6
7. Di majlis perkahwinan tradisional Afghanistan, pengantin perempuan akan memakai pakaian yang menonjol dan solekan yang tebal. Pada perkahwinan di Kabul, Afghanistan, pengantin perempuan memakai warna hijau iaitu warna yang dikaitkan dengan kemakmuran dan syurga.7
8. Majlis perkahwinan secara besar-besaran diadakan di Dewan Memorial Chiang Kai-shek di Taipei, Taiwan.8
9. Mengadakan majlis perkahwinan berdekatan bongkahan air batu merupakan tradisi orang Alaska.9
10. Di Bilcice, Republik Czech pasangan pengantin akan berjalan kaki ke rumah dari gereja selepas majlis perkahwinan selesai.10
11. Saudara-mara pengantin lelaki meraikan pengantin lelaki Ameen Ararah, 21, pada majlis perkahwinan beliau di Bandar Lama Sanaa, Yaman. Negara yang hampir separuh berpendapatan US$1.45 sehari, biasanya menggunakan lebih US$5000 untuk majlis perkahwinan.11
12. Di Gunung Atlas Maghribi, pengantin kaum Barbar akan memakai pakaian tradisi mereka dan meraikan adat istiadat perkahwinan selama empat hari. Dalam satu tradisi, pengantin perempuan menyucikan diri dengan menggunakan air sungai.12
Sumber: Astro Awani


PERCUMA SAMPEL PRODUK FEMININ