Bila di hotel, mungkin kita akan bertanya ‘salah atau tidak curi barang dari hotel yang kita menginap’? Mungkin tabiat suka bawa pulang botol kelengkapan peribadi mini ataupun uncang teh percuma yang disediakan boleh dianggap perkara biasa dan tidak menjadi isu.
Namun tahukah anda ada juga tetamu yang menginap di hotel yang suka membawa pulang barang-barang seperti jubah mandi, penyangkut kot malah kain cadar sebelum daftar keluar. Entri kali ini membongkarkan barang percuma yang kerap diambil dari hotel dan semestinya tidak ada sesiapa akan marah.
Kelengkapan Dandan Diri (Toiletries) – Anda terlupa syampu atau sabun badan? Jangan risau kerana kebanyakan hotel ada menyediakan kelengkapan ini malah anda boleh minta lagi jika tidak mencukupi. Disediakan dalam bentuk kecil dan mudah dibawa membuatkan pengunjung mudah mengambilnya untuk kegunaan lain.
Buku Panduan Perjalanan, Peta – Setiap sudut lobi hotel banyak menyediakan buku panduan perjalanan mahu pun peta untuk kemudahan pengunjung. Kadang-kadang, pengunjung tidaklah terlalu memerlukan buku panduan tersebut tetapi mengambilnya kerana terdapat banyak gambar-gambar menarik dan saiznya yang comel.
Botol Mineral – Kebanyakan botol mineral yang terdapat di hotel mempunyai label hotel itu sendiri. Meski pun hanya botol air mineral, ramai yang bawa pulang. Bukan apa, biar pun rasanya sama saja tapi label itu sangat terhad!
Sarapan Pagi – Menginap di hotel membolehkan anda mendapat kupon sarapan pagi percuma tetapi pastikan sarapan pagi termasuk di dalam tempahan hotel anda. Jika anda menginap di hotel, jangan lupa sarapan kerana ia percuma biar pun anda makan tambah banyak kali.
WiFi – Ya! Ia bukan barang tetapi ia satu perkhidmatan percuma. Hotel bajet sekali pun turut ada menyediakan perkhidmatan WiFi percuma. Maklumlah, WiFi bukan lagi satu kemahuan tetapi satu keperluan pada zaman sekarang. Biasanya, pihak hotel tidak akan mengenakan sebarang caj untuk khidmat WiFi.
Suratkhabar – Meskipun anda sudah tidak lagi membaca suratkhabar setelah adanya kemudahan suratkhabar online, tetapi ketahuilah bahawa suratkhabar yang dihantar depan pintu hotel anda menginap adalah percuma. Sekurang-kurangnya, anda boleh simpan untuk kegunaan lain misalnya membungkus barang-barang, mungkin?
Majalah Libur
0 ulasan:
Catat Ulasan