Sekiranya anda sudah bosan dengan hidangan pencuci mulut yang ‘fancy’ dan mewah, kali ini apa kata anda cuba Sangkaya di Jalan Alor, Bukit Bintang — pencuci mulut yang super sedap dan semestinya murah!
Aiskrim ini dijual hanya di sebuah gerai yang terletak di Jalan Alor. Area ini merupakan kawasan pejalan kaki dan terkenal dalam kalangan pelancong, namun difahamkan, kenderaan agak sudah untuk memasuki kawasan ini kerana keadaannya yang agak sesak. Gerai ini memberi tumpuan kepada pencuci mulut yang diperbuat daripada kelapa — 100% kelapa!
Secara umum, gerai ini menyediakan dua jenis pencuci mulut — ais krim, dan dadih. Apa yang istimewa mengenai aiskrim Sangkaya adalah ia tiada susu, tiada krim, dan tiada telur.
Menurut pemilik Sangkaya iaitu John, beliau dan pasangannya, Ivy telah mengambil masa 6 bulan untuk mengubahsuai dan memperbaiki kualiti resipi ais krim ini. Menurutnya juga, susah untuk beliau klasifikasikan pencuci mulut ini, kerana ianya bukanlah ais krim, sherbet, froyo, mahupun gelato.
Secara spesifik, pencuci mulut ini terbahagi kepada 4:
- Mini cone: 1 scoop ais krim, di dalam kon wafel (RM1.90)
- Cup: 3 scoop ais krim di dalam mangkuk, beserta satu topping (RM4.90)
- Signature: 4 scoop, di dalam kelapa segar, beserta isi kelapa dan tiga topping (RM7.90)
- Coconut in a Blanket: Dadih kelapa (RM5)
Jadi, apa tunggu lagi. Jom ke Jalan Alor untuk merasai keunikan dan keenakan Sangkaya, aiskrim kelapa!
Alamat: Jalan Alor, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
Waktu buka: 6pm – lewat malam, setiap hari
Nombor telefon: +6016 623 9333
0 ulasan:
Catat Ulasan