Selasa, 27 Januari 2015

Resepi Brownies Cawan semudah 1,2,3!

Percaya tak kalau anda boleh menyiapkan resepi brownies dalam masa lima minit sahaja? Percayalah, kerana kali ini resepi mudah yang akan dikongsikan ini sangat menyenangkan dan sedap.
Siapa yang pertama kali ingin membuat brownies, anda perlu cuba resepi ini kerana pastinya menjadi dan rasanya juga sedap.

Apa yang penting, anda hanya perlu menggunakan ketuhar gelombang mikro yang anda selalu gunakan untuk memanaskan makanan itu sahaja.

Jom ikuti resepi semudah 1, 2, 3 ini yang dipetik daripada Simply Recipes.

Bahan-bahan:
50gm tepung gandum
70gm gula
2 sudu besar serbuk koko
Sedikit garam
Sedikit serbuk kayu manis
60ml air
2 sudu besar minyak masak
1 atau dua titis esen vanila
1 skop ais krim atau krim putar untuk hiasan

Cara penyediaan:
1. Masukkan tepung gandum, koko, garam dan serbuk kayu manis kedalam gelas seramik. Kacaukan sehingga rata dan tidak bergumpal.
2. Tambah minyak masak, esen vanilla dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro sehingga campuran tadi masak sepenuhnya ataupun selama 1 minit 40 saat.
4. Kemudian keluarkan dan biarkan sejuk seketika. Kemudian hiaskan dengan aiskrim dan krim putar di atasnya.

Memang sangat sedap. Selamat mencuba!

[Sumber Foto: Simply Recipes]
 

0 ulasan: