Penulis pasti semua orang sukakan ais krim, selain Tutti Frutti, Häagen-Dazs, Baskin Robbin, Red Mango – apa lagi kafe ais krim yang sedap dan wajib anda singgah di sekitar Lembah Klang. 10 tempat-tempat ini sememangnya memberikan kelainan untuk anda.
1. Milkcow
Korea Milkcow yang terkenal dengan ais krim organik yang mempunyai tekstur lembut ini telah dibuka di The Gardens Mall sekitar November tahun lepas. Ais krim diperbuat daripada susu organik dari Itali untuk rasa yang lebih mendalam dan lebih kaya. Difahamkan, kesemua bahan-bahan untuk ais krim Milkcow akan diimport dari Korea Selatan. Ada 12 jenis ais krim malah pelbagai topping menarik seperti honey syrup, cotton candy dan macarons akan disediakan.
Facebook – Milkcow Malaysia
Alamat – LG K23, The Gardens Mall, Mid Valley City, Kuala Lumpur ((berhadapan Cold Storage)
2. Kafe Magnum
Pada harga RM9.90, pelanggan boleh menyesuaikan aiskrim mereka dengan memilih pilihan aiskrim Magnum yang disediakan, sebelum memilih pelbagai jenis lapisan, topping dan drizzles yang pelbagai. Di Magnum KL Infinity Bar, 250,000 ciptaan Make My Magnum mampu dihasilkan.
Facebook – Magnum
Alamat – Lot T-023, 3rd Floor, South Court, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur
3. Jipangi
Jipangi merupakan snek tradisional Korea yang diperbuat daripada tepung jagung. Ia juga dikenali sebagai “cane” atau “walking stick” di Korea.
Facebook – Facebook Jipangi Malaysia
Alamat – LG2.75A, Sunway Pyramid, Selangor
4. Inside Scoop KL
Inside Scoop menjanjikan ais krim dengan tekstur yang fresh dan penuh kelazatan. Paling sedap bila dimakan bersama topping pilihan iaitu wafel, selain itu, anda patut cuba perisa durian yang sememangnya berikan kelainan dan citarasa tempatan.
Facebook – Inside Scoop KL
Alamat –
9, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, Kuala Lumpur
57, Jalan SS22/19, Damansara, Petaling Jaya
27, Jalan USJ10/1E, USJ Taipan, Subang Jaya
5. Whimsical Gelateria & Caffe by Cielo Dolci
Terkenal dengan ramuan yang unik seperti Cotton Candy Affogato (ia didatangi dengan secawan kelapa dan gula melaka gelato, dan topping candy floss), Nasi Lemak gelato, dan beef bacon gelato, Whimsical adalah tempat terbaik jika anda inginkan kelainan pada ais krim malah rasai pengalaman baru.
Facebook – Whimsical – Gelateria & Caffe
Alamat – D2-G3-05, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur
6. Fatbaby Ice Cream
Apa yang menarik pada Fatbaby Ice Cream adalah ais krim buatan tangan sangat kaya dan penuh berkrim, malah hakikatnya ia tidak mengandungi pewarna tiruan, perisa atau pengawet menjadikan ia lebih menyeronokkan.
Facebook – Fatbaby Ice Cream
Alamat – 44, Jalan SS15/4B, Subang Jaya
7. Sangkaya
Apa yang special tentang ais krim Sangkaya, adalah ia tiada susu, tiada krim, dan tiada telur. Ais krim ini memang rasa kelapa saja, bukan sekadar rasa campuran gula dan ais krim vanila. Jika, tidak mahu plain, anda juga boleh memilih untuk menambah topping.
Facebook – Sangkaya
Alamat –
No. 21, Jalan Alor, Kuala Lumpur
Kapten, No. 50, Jalan SS15/4B, Subang Jaya
Lot FM-11, G flr, Ampang Point Centre
Salt ‘n Koffie, Jaya One
8. The Potong
Kelainan pada ais krim The Potong ialah menggunakan 100 peratus bahan semulajadi yang segar tanpa bahan pengawet, mempunyai perisa yang unik, paling penting sedap sehinggan menjilat jari.
Facebook – The Potong
Alamat –
UG (next to Proactive), Publika
Wondermama, Bangsar Village 1
The Soda Factory, No. 15, Jalan Bukit Desa 5, Taman Desa
Delectable Treats, Paradigm Mall
Frontera, Jaya One
9. The Last Polka
Inginkan ais krim dengan rasa tempatan? The Last Polka adalah pilihan terbaik, penciptaan mereka berdasarkan pada citarasa klasik Malaysia dan semestinya antara kegemaran warga kota. Anda patut cuba ais krim perisa gula malaka, teh tarik, pandan kaya, dan Nutella.
Facebook – The Last Polka
Alamat – Artisan Roast, Bangsar Village 11, Kuala Lumpur
1 ulasan:
wahh banyak yang saya tak tahu ni..saya memang suka makan ais krim..paling latest pon mkn ais krim pasu je
Catat Ulasan