Anda peminat fanatik warna merah jambu? Apakah reaksi anda sekiranya mengetahui ada tasik dengan warna kegemaran anda? Malah, taman yang penuh dengan warna merah jambu?
1. LAKE HILLIER, WESTERN AUSTRALIA
Lake Hillier adalah tasik berwarna merah jambu di Middle Island, kumpulan kepulauan terbesar yang membentuk Recherche Archipelago di pesisiran pantai Esperance.
Dari atas, tasik ini kelihatan seperti gula getah pejal berwarna merah jambu. Tasik ini panjangnya kira-kira 600 meter dan dikelilingi tepian pasir dan kawasan hutan pokok paperbark dan pokok kayu putih yang padat. Satu jaluran gumuk pasir yang diliputi tumbuhan memisahkannya dari Southern Ocean yang kebiru-biruan.
Tiada siapa yang tahu dengan jelas mengapa tasik tersebut berwarna merah jambu. Ahli-ahli sains mengagak bahawa warna tersebut datang daripada bahan yang dihasilkan bakteria yang tinggal di dalam kerak garam.
2. LAKE RETBA, SENEGAL
Pakar Bakteria Universiti Bath, Michael Danson berkata, kandungan air Tasik Retba di Senegal itu didakwa mengandungi 40 peratus garam dan warna merah jambu tersebut terhasil daripada tindak balas cahaya matahari dengan organisma Dunaliella salina.
“Dakwaan sesetengah pihak bahawa hidupan akuatik tidak boleh hidup dalam tasik mengandungi garam yang tinggi seperti Retba dan Laut Mati adalah tidak benar kerana ia turut menjadi habitat beberapa spesies,” katanya.
Tasik yang menjadi sumber mineral kepada penduduk setempat itu juga boleh mengapungkan manusia.
3. BEACH PINK BARRACKS, INDONESIA
Sebenarnya ada dua pantai berwarna pink di pulau yang sama. Satu berada di Lombok Timur dan di Kepulauan Komodo. Namun yang tak asing di telinga pelancong ialah pantai Pink di Pulau Komodo.
Dulu pantai tersebut pernah menjadi markas tentera Jepun tatkala Perang Dunia II. Peperangan besar yang tidak dapat dielakkan sehingga mengakibatkan hancurnya sebahagian pulau. Batu karang pecah dan menimbulkan warna pinkyang bercampur dengan pasir putihnya.
4. DUSTY ROSE LAKE, CANADA
“Dusty Rose Lake” adalah satu-satunya tasik merah jambu yang tidak masin dan tidak mempunyai sebarang pembentukan alga, namun menjadi merah jambu sepanjang tahun. Walaupun tidak ada keterangan yang jelas untuk warna, kepercayaan umum adalah bahawa air glasier bawah tanah melalui batu mengumpul mineral dan sedimen yang memberikan warna merah jambu itu.
5. SHIBAZAKURA, JEPUN
Lumut pink, atau Shibazakura, adalah bunga yang tumbuh berhampiran dengan tanah dalam warna cemerlang magenta, pink, dan putih. Musim untuk lumut merah jambu, yang berlaku dari akhir April hingga pertengahan Mei, datang selepas musim bunga sakura yang lebih terkenal di Jepun. Cara yang popular untuk menikmati lumut merah muda ini adalah pergi ke sebuah festival atau taman lumut merah jambu dan melihat pelbagai reka bentuk yang dibuat dengan menetapkan warna lumut pink ini. Salah satu tempat terbaik untuk menikmati mekarnya lumut merah muda adalah di Hitsujiyama Park dekat dengan bandar Chichibu, di Wilayah Saitama.
6. SALINA DE TORREJIEVA, SPAIN
“Salina de Torrevieja” adalah tasik merah jambu yang terletak di bandar Torrevieja menghadap ke laut. Tidak seperti Tasik Retba, Salina de Torrevieja dan Tasik La Salina de La Mata mempunyai kepekatan garam yang lebih rendah, tahap kepekatan garam yang boleh menjaga kebersihan udara menjadikannya salah satu tempat yang sihat di dunia.
0 ulasan:
Catat Ulasan