Anda pernah singgah ke Jonker Walk di Melaka?
Jonker Wall merupakan tempat ala-ala Petaling Street di Kuala Lumpur. Terdapat pelbagai barangan unik dan menarik boleh didapati disana. Kebiasaannya, pelancong gemar ke Jonker Walk bagi mendapatkan cenderahati seperti keychain, fridge magnet dan sebagainya.
Namun, terdapat satu makanan lain daripada yang lain di Jonker Walk, iaitu aiskrim pasu bunga!
Jika sekali lihat anda tentu tidak percaya bahawa ‘pasu bunga’ tersebut boleh dimakan. Perisa aiskrim boleh dipilih mengikut citarasa anda dan ia diletakkan di dalam pasu bunga, kemudian ditabur serbuk oreo dan diletakkan daun pudina di atas bagi menampakkan kesan seperti tanah dan pokok.
Harganya pula adalah RM5 untuk pasu kecil dan RM7 untuk pasu besar.
Menarik, bukan? Penulis sendiri pun terasa ingin mencubanya.
Sumber gambar: http://nadzirahata.blogspot.com/ dan Facebook.
7 ulasan:
waa...papegi ni saya bw semua makanan yang sedap2 tau.. kat sini askrim unic dan nampak sedap la pulaaaa... harus ke sini bila turun kl ni.
Glamer betul aiskrim pasu ni skrg :)
alahai haritu pergi tak perasan aiskrim ni... kalau tak mesti cuba dah... huhu
Memang menarik ni. Tempat ni kat mana ya??
pemes askrem ni sekarang,...
Memang viral eskrem ni sekarang kan...
Tengok sebijik macam pasu bunga..hehee
kat jb pun dh ade.. :)
Catat Ulasan