Assalamualaikum...
Sepanjang hidup,ini merupakan banjir terburuk yang pernah Queenpink lalui.Untuk fakta,banjir yang melanda pada tahun 1971 merupakan banjir yang paling besar dan teruk yang pernah dihadapi oleh daerah Temerloh dan kawasan sekitarnya.
Sebelum ini,tak pernah pula rumah Queenpink di Taman Chengal ini dilanda banjir.Tapi, bagi kawasan yang tidak pernah dikhuatiri banjir, tiba-tiba naik air, ini juga merupakan satu kejadian buruk dan teruk bagi penduduk Temerloh Pahang. Pada waktu pagi 26 Disember 2014,kawasan rumah Queenpink mulai dinaiki air.Queenpink pergi kerja seperti biasa.Sepanjang jalan pergi ke tempat kerja,Queenpink dan suami melihat banyak kawasan dipenuhi air.Selepas pulang dari tempat kerja,banyak kawasan bandar Temerloh dan kawasan Taman Chengal dinaiki air.Kira-kira pukul 7 malam,tiada bekalan elektrik di kawasan sekitar Taman Chengal.Pihak TNB terpaksa memotong bekalan elektrik sebab kenaikan paras air dah melepasi paras bahaya. Pada 27 Disember 2014,matahari menyinar tapi masih belum ada tanda-tanda air akan surut.Kira-kira pukul 2 petang,mak,abah,Queenpink dan 3 orang adik beradik Queenpink menaiki bot dari rumah Queenpink ke simpang Temerloh Jaya dan menaiki kenderaan berat menuju ke pusat penempatan banjir di Sekolah Kebangsaan Temerloh Jaya.Paras air di kawasan rumah Queenpink telah mencapai paras lutut.Ketika itu,hubby Queenpink pergi ke Kuala Lumpur di atas tuntutan kerja.Baby dalam perut Queenpink asyik bergerak-gerak.Setelah sampai di SK Temerloh Jaya,kami mendaftarkan diri dan diberikan bilik di tingkat 3 bangunan sekolah.Queenpink rasa penat dan semput bila menaiki tangga,almaklumlah tengah mengandung 6 bulan. Pada hari-hari yang seterusnya,air semakin naik mendadak sehingga Bandar Temerloh yang dikenali sebagai Bandar Ikan Patin dan merupakan Titik Tengah Semenanjung lumpuh kerana banyak kawasan ditenggelami air,jalan raya tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan.
Rasa sedih bila dengar berita ada yang terkandas di rumah sewa di tengah bandar.. takde letrik, takde makanan.. Nak ke mana-mana tak lepas dah, nak harung air, air naik tinggi jugak, mencecah tingkat kedua bangunan.Penduduk taman perumahan pun terkepung dek kerana air yang naik sampai ke jalan masuk utama. Jalan belakang ke, jalan tikus ke.. menurut khabar terkini masih tak boleh lalu, walaupun redah guna kenderaan 4x4.Ada yang advice ikut jalan alternatif, ikut bypass, ikut jalan kampung-kampung.. tapi masih kena ngarok air.Yang duduk taman perumahan pun terkepung sebab kawasan sekeliling naik air. Barangan kat kedai habis licin dibeli orang. Semuanya risau terputus bekalan makanan.
5 ulasan:
memang banjir kali nih yg paling teruk..ujian Allah kan
Wah teruk juga keadaan banjir kat kawasan rumah Queenpink. Kesian awak. Moga Awak dan keluarga awak tabah mengharungi cubaan ini.
Sedih tgk... moga yg hadapi kuat...
dlm keadaan mcm ni pon masih ada yg sanggup mnccuri kan
alhandulillah kucing terselamat
harap harap banjir seteruk ni berlaku lagi..tp apa pun kita sama2 doakan yg terbaik untuk negara kita..
Dear.. Cinch tea tu if ibu pregnant boleh minum..nanti kalau nak try, boleh contact aish k :)
Catat Ulasan