Sabtu, 16 Ogos 2014

7 Cara Untuk Saling Belajar Memahami Pasangan Anda

Sumber gambar : ramlanhamzah.com

Pasangan merupakan seseorang yang menjadi satu dengan kita yang diikat oleh perkahwinan. Dalam menjalin hubungan dengan pasangan pemahaman di antara satu sama lain amat diperlukan. Berikut ini 7 cara untuk saling belajar memahami satu sama lain :

Menerima Pasangan Seadanya
Bila anda ingin mengubah pasangan anda, itu akan jadi masalah. Belajarlah menerima pasangan anda, walaupun ada keinginan dan hasrat ketidaksetujuan atas sesuatu pada dirinya. Ini akan membantu anda mengembangkan ikatan yang sudah terjalin. Hormati pasangan anda seadanya dan anda akan merasa bersyukur berada bersamanya.

Berdebat Ketika Diperlukan
Memperdebatkan hal kecil boleh menyebabkan pergaduhan yang besar, namun perdebatan yang sihat akan membawa hubungan lebih harmoni. Jika bukan masalah prinsip atau agama, sebaiknya jangan berdebat hingga menjerit pada pasangan. Jika anda meninggikan suara pada pasangan tanpa sebab, maka akhirnya anda dan pasangan akan kehilangan cinta. Belajarlah untuk lebih sabar.

Jangan Berharap
Jangan mengharapkan sesuatu kemudian berharap pasangan akan tahu dan mewujudkannya. Saat kita mengharapkan sesuatu, kita tentu ingin sesuatu itu terjadi. Ketika hal itu tidak terjadi, kita akan merasa kecewa. Ini boleh memburukkan lagi hubungan kita dengan pasangan. Terimalah keadaan yang ada dan bantulah diri anda untuk berada dalam hubungan yang sempurna.

Ubah Tabiat Anda ,Bukan Orang Lain
Salah faham atau pergaduhan sering terjadi kerana kebiasaan. Cubalah mengubah kebiasaan anda yang mengganggu dan bukan cuba mengubahnya. Bila anda mendedikasikan masa anda untuk pasangan anda, tentu dia akan menyedari pentingnya anda. Ini akan membuat anda lebih dekat dengan pasangan.

Percaya Dengan Pasangan
Sebahagian besar pasangan muda masa ini menghadapi masalah kerana cenderung mengesyaki pasangan mereka setiap saat, tetapi hal itu hanya boleh merosakkan hubungan. Jika anda tak mempercayai pasangan anda, bagaimana anda akan berkongsi perasaan dengannya? Percayalah dengan pasangan anda. Dengan peredaran masa, pemahaman akan lebih baik di dalam hubungan.

Jangan Sembunyikan Apapun
Jangan membohongi pasangan tentang apa-apa hal sekalipun. Bersikaplah jujur ​​dan tidak menyembunyikan sesuatu. Bahkan jika kebenaran itu akan menyakitkan pasangan, katakan yang sebenarnya. Ini merupakan cara terbaik untuk mengembangkan pemahaman dan komunikasi dalam suatu hubungan.

Habiskan Waktu Bersama
Habiskan masa dengan pasangan anda walau sesibuk manapun anda. sSemakin banyak masa yang anda habiskan dengan pasangan anda, makin baik pemahaman anda dalam hubungan.

0 ulasan: