Bahan-bahannya:
1 kg udang galah (sederhana besar)
50 gram serbuk kunyit
100 gram bawang merah
30 gram bawang putih (dikisar)
50 gram buah keras (dikisar)
2 batang serai (dikisar)
30 gram halia (dikisar)
20 gram lengkuas (dikisar)
20 gram kunyit hidup (dikisar)
10 gram cili giling 2 biji santan pekat
50 ml air asam jawa 3 helai daun kunyit (dihiris halus)
Minyak secukupnya
Cara membuatnya:
Bersihkan udang dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Salai di atas bara api sehingga udang masak. Ketepikan. Kemudian, tumis bahan-bahan kisar bersama dengan cili giling. Biarkan sehingga pecah minyak dan masukkan santan pekat dan air asam jawa. Reneh sehingga kuah menjadi pekat. Masukkan udang yang telah disalai tadi bersama garam secukup rasa. Kacau sehingga rata. Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit dan hidangkan. Selamat mencuba!
Thera Suitcase & Theravest PERCUMA
-
*2010* : Sha started sebagai usahawan corset Premium Beautiful. Masa ni
teknologi hanya FIR sahaja. Tapi, kualiti dan keberkesanan corset Premium
Beautif...
Seminggu yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan