Sabtu, 16 Ogos 2014

KEJUTAN ROMANTIS BERTUKAR TRAGEDI RUMAH TERBAKAR

rumah terbakar 1

Niat baik seorang lelaki yang ingin membuat kejutan manis kepada teman wanitanya akhirnya menyebabkan pasangan ini akhirnya perlu mencari rumah sewa yang baru.

Amanj Issen telah menggunakan lilin (tea light ) yang disusun membentuk nama teman wanitanya dan juga bentuk hati  beserta taburan bunga dan sebotol champagne untuk meraikan kepulangan teman wanitanya ke rumah. Amanj juga telah menyediakan sejambak bunga beserta kad tertulis ” Welcome Home! “

kejutan romantis 1

Memang manis dan romantis bukan. Namun, malangnya ketika sedang teruja menunggu kepulangan kekasihnya di muka pintu, dia terdengar bunyi letupan yang kuat secara tiba-tiba. Apabila dia naik ke atas untuk melihat untuk mencari puncanya, semuanya sudah terlambat kerana bahagian bilik rumahnya sudah marak dijilat api dan dipenuhi asap. Bilik tidur mereka terbakar teruk dan keseluruhan rumah rosak teruk akibat asap.

rumah terbakar

Walaupun tidak sempat melihat dengan mata sendiri kejutan tersebut, teman wanita Amanj, Jana Stankeviciute masih lagi tersentuh dan gembira apabila Amanj menunjukkan gambar kejutan yang tidak menjadi itu.

Betullah kata peribahasa ; kecil api menjadi kawan, besar menjadi lawan.  Jika anda mempunyai niat untuk melakukan sebarang kejutan manis seperti ini, jangan lupa fikirkan faktor keselamatan sekali. Mujur, En. Amanj sempat mengabadikan gambar suprise tersebut . Kalau kami jadi teman wanitanya pun, hati masih lagi cair melihat kejutan semanis ini, walaupun rumah terbakar .

0 ulasan: