Buat para peminat kek cawan atau cupcake, sudah pasti anda berfikir beribu-ribu kali untuk membeli sebiji kek cawan yang berharga RM2,700 ( $900 ) ini. Kek cawan gourmet ini merupakan kek cawan paling mahal di dunia dan dihasilkan oleh sebuah kedai kek di Kanada iaitu Le Dolci. Kek ini ditempah oleh lelaki berusia 40 tahun untuk isterinya sempena ulangtahun perkahwinan mereka.
Pencuci mulut paling mahal di dunia ini diperbuat daripada buttercream coklat yang dihasilkan menggunakan Jamaica Blue Mountain Coffee, yang merupakan salah satu biji kopi yang terbaik di dunia. Selain itu juga, ia menggunakan campuran garam laut dari Camargue, Perancis, tebu organik, serbuk Koko Valhrona dan kacang vanila Tahiti yang membuatkan ia lebih lazat.
Krim isingnya pula diperbuat daripada krim pastri yang dihasilkan mengunakan Krug Collection Brut champagne, Madu Rosewood Estate dan esen kacang vanila Tahiti. Selain itu juga ia menggunakan mentega Normandy dari Perancis dan dicampur dengan 70% coklat Amedei. Coklat Amedei mempunyai gabungan rasa madu, karamel, lavender, vanila, pisang dan orange blossom. Kek cawan ini diletakkan di dalam bekas coklat yang boleh dimakan dan dihias dengan mutiara rangup dan ditabur dengan serbuk emas 24 karat.
0 ulasan:
Catat Ulasan