Khamis, 14 Ogos 2014

DILAMAR SEPERTI PUTERI ANNA DALAM FILEM FROZEN

Demam ‘Frozen’  masih tak kebah lagi nampaknya. Kalau di Malaysia sendiri, baju dan aksesori kanak-kanak yang diinspirasikan daripada watak dan kostum daripada filem animasi tersebut is everywhere .
Selain kostum dan watak, salah satu scene dari filem tersebut telah dijadikan inspirasi dalam kehidupan sebenar sepasang kekasih dari Denver Colorado.
lamaran frozen 1

lamaran frozen
Brian Davis , seorang pelajar perubatan telah melamar kekasihnya Michelle Sequin mengambil inspirasi scene Putera Hans melamar Puteri Anna dalam filem tersebut. Pasangan tersebut sebelum ini telah menonton filem tersebut ketika sebuah date bersama. Selain jatuh cinta dengan filem terbitan Disney itu, babak lamaran tersebut juga telah memberikan Brian idea untuk melamar Michelle seperti dalam filem tersebut setelah tamat pengajian nanti.
lamaran frozen 2
Brian telah menempah kostum dua watak tersebut yang menelan belanja kira-kira RM1000. Lelaki itu juga telah mendapatkan anggaran ukuran baju Michelle dengan bantuan ibunya. Dia juga merahsiakan perancangan romantis tersebut untuk memberi kejutan kepada kekasihnya. Dalam merealisasikan impian tersebut,  Brian juga mencari lokasi berlatarkan istana dan juga menunggang kuda menuju ke situ  langsung menjadikan suasana lamaran tersebut lebih romantis.
lamaran frozen 6 lamaran frozen 5 lamaran frozen 4
Sama juga dengan jawapan Puteri Anna dalam filem tersebut, lamaran  manis tersebut tentunya diterima oleh Michelle yang juga merupakan seorang jurutera biomedik. Melengkapkan lagi tema lamaran tersebut, mereka kemudiannya mengumumkan pertunangan yang berlangsung pada Mei 2014 ini dengan video miming lagu Love is an Open Door seperti babak lamaran filem tersebut.

0 ulasan: