Umum memang sudah mengetahui buah tembikai mempunyai banyak khasiat yang baik untuk tubuh badan. Tetapi tahukah anda tembikai susu juga mempunyai banyak manfaat untuk tubuh badan?
Tembikai susu terdapat dua jenis utama iaitu yang berwarna kuning pucat dan kuning.
Baik untuk kulit
Tembikai susu kaya dengan Vitamin A, B Kompleks dan C yang menjadikan ia makanan paling sesuai untuk menjaga kesihatan kulit dan saraf. Amalan memakan tembikai susu pada setiap hari akan menghasilkan kulit yang bersih dan sihat.
Menghindarkan barah
Kajian menunjukkan tembikai susu mengandungi carotenoid, salah satu daripada zat-zat makanan yang boleh menghindarkan barah. Pengambilan tembikai susu dapat memberi perlindungan daripada barah tujuh kali lebih baik daripada pemakanan yang yang mengandungi kandungan karotena yang rendah.
Menurunkan berat badan
Bagi mereka yang berhasrat untuk menurunkan berat badan, tembikai susu adalah antara makanan yang sesuai diamalkan pada setiap hari kerana ia mempunyai kandungan air dan serat yang tinggi manakala kalorinya rendah.
Mengawal tekanan darah
Tembikai susu adalah sangat berkesan untuk menangani masalah darah tinggi kerana tembikai susu mengandungi potassium. Potasium mampu mengawal serta mengekalkan paras darah yang sihat dalam tubuh.
Merawat penyakit Hepatitis
Tembikai susu adalah antara ramuan utama yang sangat popular dalam dunia perubatan Cina untuk merawat penyakit hepatitis. Di Filipina pula ianya digunakan sebagai ramuan utama untuk merawat mereka yang menghadapi masalah pengaliran darah haid yang tidak lancar manakala di India ianya digunakan untuk mengubati kebengkakan dan ketumbuhan.
Ramai keliru bagaimana pemandu boleh rempuh buaya di lebuh raya
-
Gambar seekor buaya yang dirempuh kereta di Jalan Penanjong di Tutong,
Brunei, telah menjadi tular. - Foto tularKUALA LUMPUR: Gambar seekor buaya
besar ya...
Sehari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan