Sabtu, 2 Ogos 2014

AISKRIM INI BERTUKAR WARNA SETIAP KALI DIJILAT

20140730-170209.jpg

Seorang ahli fizik, Manuel Linares telah mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada sesuatu yang lain sepenuhnya – ais krim.
Ahli fizik Sepanyol dan kini tukang masak profesional itu telah mengumumkan bahawa dia telah mencipta ais krim ‘ajaib’ yang bertukar warna apabila anda menjilat aiskrim itu.
Digelar ‘Xamaleón, ais krim yang mempunyai rasa seperti campuran buah-buahan itu telah dicipta dalam kursus memasak yang dihadiri oleh Linares di Barcelona.
Sebelum ia dihidangkan kepada tetamu, Linares akan menyembur aiskrim itu dengan semburan ‘love elixir’ di mana semburan itu mengubah ais krim kepada warna merah jambu gelap dalam masa 10 saat hingga 15 saat. Dia kini menjual ais krim itu di kedainya di di bandar Calella de Mar, Sepanyol di wilayah timur Barcelona.
20140730-170218.jpg

0 ulasan: