Jumaat, 29 Ogos 2014

TIP MUDAH UNTUK TAPAK TANGAN HALUS

http://purplle.com

Anda gusar tapak tangan kasar ketika bersalaman? Janganlah khuatir, masalah ini boleh diatasi dengan mudah. Amalkan tip diberikan ini pasti dapat membantu anda memiliki tapak tangan halus dan lembut.

  1. Ambil satu camca besar minyak zaitun dan dua camca besar gula pasir.
  2. Cuci tangan terlebih dahulu dengan sabun dan keringkan.
  3. Campurkan minyak zaitun dan gula pasir pada tapak tangan.
  4. Gosokkan sebagaimana mencuci tangan dengan sabun.
  5. Biarkan beberapa minit dan kemudian bilas dengan air suam.
  6. Anda dapat rasakan tapak tangan lebih halus daripada sebelumnya.
Selain cara di atas, anda juga kamu juga boleh menghaluskan tapak tangan dengan menggunakan:
Kulit pisang - Ambil kulit pisang dan gosokkan pada tapak tangan. Amalkan selalu sehingga tapak tangan anda halus.
Avokado - Ambil sedikit isi buah avokado. Oles dan gosokkan pada tapak tangan. Lakukan beberapa kali.
Kentang dan Limau nipis - Untuk menghaluskan tapak tangan dengan menggunakan kentang dan limau nipis.
Majalah Jelita

0 ulasan: