Sabtu, 2 Ogos 2014

AYAM GORENG MADU



Bahan-bahan
1/2 ekor ayam-potong ikut selera anda
1 inci kunyit-dikisar
1 inci halia-dikisar
4 biji bawang merah-dikisar
4 ulas bawang putih-dikisar
1 batang serai-dikisar
3 sudu besar serbuk cili
4 sudu besar madu

Cara-cara penyediaan
1. Perapkan ayam dengan kunyit, halia, bawang merah dan putih, serai, serbuk cili, madu.
2. Perap selama 1-2 jam (lagi lama lagi rasa meresap)
3. Gorengkan sehingga ayam masak (dengan api perlahan)
4. Angkat dan gaulkan dengan madu lagi untuk kelihatan berkilat dan madu yang lebih terasa.
5. Siap dihidang.

0 ulasan: