Ahad, 30 November 2014

DIARI HAMIL

DIARI HAMIL

DIARI HAMIL

Penulis : Khairun Nisak Zakaria / Muhd Mawardi Zakaria / Khulwana Hanapi


- Buku (idea asal oleh Kamaruddin Mamat) ini merupakan panduan lengkap kepada bakal ibu. Mendedahkan perkembangan semasa bayi serta ibu sepanjang kehamilan.
- Panduan berguna bagi melancarkan aktiviti ibu semasa hamil dan menyediakan diri selepas proses bersalin.
- Turut memuatkan tip-tip yang berguna kepada suami dan bakal bapa untuk kesejahteraan isteri dan bayi.
- Mendedahkan panduan dan amalan yang sewajarnya sebagai seorang Muslim. ‘Checklist’, catatan ibu, memo ibu, ruang–ruang meletakkan gambar ultrasound bayi anda dan lain-lain lagi.
- Dijadikan hadiah buat bayi yang bakal lahir supaya apabila telah dewasa si dia juga dapat menghayati saat-saat manis dan pahit ibu mengandungkannya.
- Hadiah kepada isteri tersayang. - Khazanah kenangan paling berharga buat seisi keluarga yang boleh disimpan sebagai koleksi peribadi.
P/S : Terima kasih hubby kerana hadiahkan buku ini :)

PENJAGAAN PRANATAL

Apakah itu penjagaan pranatal?
  • Ia adalah pemeriksaan kesihatan yang berkala apabila anda disahkan mengandung.
  • Salah satu tujuan adalah untuk memastikan hubungan baik antara anda dan kakitangan kesihatan.
  • Kedua-dua keperluan perubatan dan psikologi anda akan ditangani.
  • Perkhidmatan ini dikendalikan oleh petugas yang terlatih di semua klinik-klinik kesihatan kerajaan.
Apa itu lawatan tempah?
Lawatan tempah adalah lawatan pertama anda ke klinik penjagaan pranatal.
  • Ini adalah lawatan mustahak untuk mengenal pasti dan menguruskan sebarang komplikasi kesihatan ( jika ada ) dan melakukan saringan faktor-faktor risiko yang mungkin dialami semasa tumbesaran janin dan akibatnya.
  • Ia perlu dilakukan sebaik sahaja anda disahkan mengandung.
  • Masa yang disyorkan bila anda mengandung kurang dari 12 minggu.
  • Lawatan pertama mungkin terlewat bagi kandungan anda tetapi masih dianggap lawatan tempah.
Semasa lawatan tempah, jururawat akan bertanyakan beberapa soalan berkaitan dengan:
  • Perihal pusingan haid anda
  • Sejarah peribadi
  • Sejarah keluarga
  • Sejarah perubatan dan pembedahan
  • Sejarah kandungan lampau (jika ada)
  • Latar belakang ekonomi dan sosial
Selepas sesi temuduga jururawat akan melakukan pemeriksaan fizikal.
Seterusnya anda perlu menjalani ujian di makmal.
Apabila anda selesai dengan proses tadi, terpulang kepada keadaan dan keputusan temuduga, pemeriksaan dan ujian makmal, rawatan diberikan mengikut kesesuaian.
Sebelum pulang, tarikh lawatan susulan anda akan diberi mengikut persetujuan anda
Jururawat akan memberikan salinan kad pranatal untuk disimpan oleh anda dan untuk dibawa bersama semasa lawatan ke klinik. Keseluruhan proses mengambil masa 1- 2 jam bergantung kepada beban kerja klinik semasa lawatan anda.
Apakah yang dilakukan semasa lawatan susulan pranatal?
  • Semasa lawatan ini tahap kesihatan dan keadaan kandungan anda akan dinilai dan dipantau.
  • Penglibatan keluarga dan waris adalah digalakan:
    • Untuk sokongan emosi bila diperlukan.
    • Menggalakan mengikut nasihat dan program penjagaan pranatal.
    • Membantu mengenalpasti keperluan dan kehendak ibu.
    • Berbincang bagi merancang kelahiran.
    • Saringan HIV kepada suami atau pasangan
  • Berikut adalah ativiti-aktiviti yang dilakukan semasa lawatan susulan:
    • Sejarah ringkas dari lawatan akhir pranatal yang telah direkodkan.
    • Pengambilan berat badan dan tekanan darah.
    • Ujian air kencing untuk protein dan gula.
    • Ketinggian rahim direkodkan di carta yang ditetapkan untuk pemantauan tumbesaran janin.
    • Kedudukan janin
      • Dinilai selepas kandungan 32 minggu.
      • Jika kedudukan janin tidak tepat, pemeriksaan ultrasound untuk kenal pasti kedudukan uri.
    • Denyutan jantung janin akan direkodkan.
    • Pelalian (diberikan bila sampai tempoh).
    • Ujian darah rutin atau apabila diperlukan
Berapa kerapkah lawatan pranatal?
Dicadangkan lawatan pranatal seperti berikut:
  • Sebelum 28 minggu - sebulan sekali
  • 28 - 35 minggu - setiap 2 minggu sekali
  • 36 minggu dan keatas - setiap minggu
Lawatan rumah sekurang-kurangnya 4 kali sepanjang kehamilan. Kekerapan lawatan bergantung kepada keperluan dan keadaan anda.
Bagaimana saya akan tahu bayi kandungan saya membesar dengan sihat?
Semasa lawatan pranatal kedua ibu dan kandungan anda akan dinilai dan dipantau. Di sini disenaraikan aktiviti-aktiviti yang membantu petugas kesihatan untuk memantau kebaikan janin:
  • Mengukur ketinggian rahim (saiz perut anda)
  • Pemantauan pertambahan berat badan bagi setiap lawatan
  • Pemeriksaan ultra sound bagi menilai tumbesaran dan kedudukan janin.
  • Carta pergerakan janin - anda perlu mengira kekerapan tendangan janin dalam masa 12 jam
  • Denyutan jantung janin anda - dengan menggunakan mesin Doppler membolehkan anda mendengar denyutan jantung janin anda.
  • Cardiotocography (CTG ) - mesin yang digunakan untuk menilai keadaan janin jika dikhuatiri janin tidak membesar dengan baik.
Di mana saya boleh mendapat bantuan?
  • Di semua klinik kesihatan kerajaan (di kenali sebagai Poliklinik Komuniti, Klinik Kesihatan, Klinik Desa)
  • Klinik swasta
  • Hospital swasta
Bahan rujukan
  1. KKM (2003). Garispanduan Senarai Semak Mengikut Sistem Kod Warna Penjagaan Kesihatan Ibu Dan Bayi Edisi 3 (Versi Semakan)
  2. KKM (2002). Perinatal Care Manual.

Sabtu, 29 November 2014

Ingin Turunkan Berat Badan? Ikuti Petua Air Kosong Ini

drinkwater

Pelbagai usaha telah dilakukan bagi menurunkan berat badan seperti bersenam, berjoging, kurangkan pengambilan makanan berlemak dan sebagainya. Namun, mungkin anda tidak tahu bahawa pengambilan air kosong juga mampu membantu anda untuk menguruskan badan.

Air kosong dipercayai sangat penting dalam proses menurunkan berat badan. Pengambilan air kosong yang banyak setiap hari mampu mengurangkan berat badan anda dengan mudah.
Mari ikuti petua turunkan berat badan dengan air kosong seperti berikut:
1)Jumlah air kosong yang perlu diminum sehari dalam unit ml =
(40 X berat badan dalam kg)+ 500 ml
Contoh pengiraan:
Berat badan Ali ialah 75kg.
(40 X 75)+ 500 = 3620 ml
Ali perlu minum air sekurang-kurangnya 3620 ml atau 3.62 liter air kosong sehari untuk menyeimbangkan berat badan.
2) Minum tambahan air kosong sekali ganda dari air berperisa yang diminum.
Contoh:
Ali minum segelas air teh tarik di kedai mamak. Jadi Ali perlu minum tambahan segelas air kosong untuk menyeimbangkan berat badan.
Sebenarnya tidak susah untuk minum air kosong yang banyak. Minum air kosong sedikit demi sedikit dengan kadar yang kerap, setiap hari. Jika anda biasakan diri anda meminum air kosong dengan kerap setiap hari, pasti lama kelamaan anda akan terbiasa dengan rutin tersebut.
Berikut adalah kelebihan minum air kosong:
1) Kurang rasa lapar, sekaligus selera makan akan berkurang
2) Buah pinggang dapat bekalan air yang cukup untuk memproses pembakaran gumpalan lemak
3) Mengatasi masalah sembelit
Jadi, tunggu apa lagi? Jadikan meminum air kosong dengan banyak sebagai rutin harian anda!

Unik & Menarik — Jom Tengok Keistimewaan Aiskrim Turki

Siapa pernah tengok filem Istanbul Aku Datang?
Dalam filem tersebut, ada memperlihat bagaimana penjual aiskrim Istanbul ‘bermain-main’ dengan pelanggan mereka semasa membuat aiskrim. Sangat unik dan lain daripada yang lain cara mereka menarik pelanggan! Pelik mereka ni, tapi kerenah mereka itu telah mencuri perhatian ramai selain aiskrim Turki yang enak.
Aiskrim Turki atau dikenali sebagi Dondurma dibuat daripada susu kambing dan satu bahan yang dipanggil ‘salep’ iaitu tepung yang dikisar daripada ubi orkid liar. Istimewanya adalah, ia cuma ada di Turki, kerana orkid liar ini secara teknikalnya tidak boleh dieksport ke luar. Tidak sah rasanya jika anda tidak merasai aiskrim unik ini jika ada melancong ke Turki, terutamanya Istanbul.

MINI PAVLOVA YANG LAZAT



Siapa yang tengah 'craving' benda manis, mesti akan teringat satu pencuci mulut yang boleh dikatakan menjadi viral di kalangan penggemar makanan dan di laman sosial media.
Resepi yang nama asalnya daripada nama seorang penari Anna Pavlova sudah menjadi pilihan di kalangan pembuat kek dan pastri sejak tahun 1920-an lagi.

Kebiasaannya, harga pavlova dijual dalam anggaran RM15 sehingga RM25. Tetapi kini anda mampu membuatnya dirumah dengan modal yang murah.

Mari ikuti cara membuat mini pavlova yang di petik dari Fasyshane.com

Bahan-bahan meringue:
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil cuka masak
4 biji putih telur
175 gram gula caster ( gula icing)

Bahan-bahan hiasan:
Stawberi / beri biru / kiwi dan buah yang lain mengikut citarasa anda.
Whipped Cream 250g

Cara-cara:
1. Panaskan ketuhar selama 15 minit terlebih dahulu pada suhu 170 darjah celsius.
2. Kemudian pukul putih telur sehingga kembang.
3. Masukkan gula caster sedikit demi sedikit dan jangan lupa kacau secara berterusan.
4. Masukkan cuka masak dan tepung jagung.
5. Pukul sehingga berkilat dan pastikan meringue tidak jatuh sekiranya diterbalikkan. 6. Sediakan baking paper dan sapukan sedikit marjerin.
7. Letakkan meringue di atas baking paper mengikut kreativiti anda.
8. Bakar dalam ketuhar selama 30 hingga 40 minit.
9. Apabila bertukar warna coklat, biarkan pavlova anda sejuk seketika di dalam ketuhar.
10. Hiaskan pavlova anda dengan whipped cream dan juga buah-buahan.

Selamat mencuba dan menjamu selera!

KEK KEJU MELELEH



Untuk kekBahan-bahannya:
100g tepung gandum
60 g tepung jagung
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu besar ovelette
100g gula kastor
4 biji telur
50ml air sejuk
75g mentega cair
1 sudu kecil vanila

Cara membuat:
1. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk penaik.
2. Campurkan semua bahan diatas kecuali mentega cair.
3. Pukul sampai gebu dan masukkan mentega cair. Kemudian sebatikan.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 45 minit.

Untuk krim
Bahan-bahannya:
260g krim keju
120g susu pekat manis
50ml whipping cream

Campurkan semua bahan hingga sebati, aduanan ini memang cair.

Untuk hiasan
1 buku ( 250g ) keju cheddar.

Cara penyediaan:
1. Kek yang dimasak tadi disejukkan dahulu kemudian di bahagiakan 2 keping.
2. Tuangkan krim keju di atas kepingan pertama.
3. Lapiskan dengan kek dan tuangkan kesemua baki tadi di atas kek.
4. Parutkan keju cheddar di atas kek.

Selamat mencuba!

I AM PREGNANT !

Pejam celik pejam celik dah 5 bulan kandungan Queenpink..tinggal 4 bulan..InsyaALLAH..moga baby keluar pada waktu yang betul iaitu cukup bulan.InsyaALLAH..hari ini genap 20 minggu kandungan.


Bayi anda berukuran lebih kurang 16.5sm dari mercu kepala hingga ke punggung dan dia terus menambah berat badannya. Satu bahan berlemak berwarna putih dan licin yang dipanggil verniks kaseosa mula membalut bayi anda dan melindungi kulitnya semasa dia berendam lama dalam cecair amnion. Ia juga akan memudahkan kelahiran.

Pada minggu ini, bayi lebih banyak menelan dan ini merupakan latihan yang baik untuk sistem pencernaannya. Setelah bayi anda menelan cecair amnion, badannya akan menyerap air yang terkandung di dalamnya dan menyalurkan selebihnya ke dalam usus besar.

Anda mungkin mahu mengikuti kelas antenatal jika anda belum lagi berbuat demikian. Samada anda ibu buat pertama kali atau hanya mahu mengulang kaji, anda akan mendapat manfaat apabila mengikuti kelas berstruktur. Apapun falsafah di sebaliknya,
kelas antenatal boleh menyediakan anda bagi menghadapi semua kesukaran dan kesakitan kelahiran. Anda harus merancang untuk menamatkan kelas menjelang minggu ke-37 kehamilan kerana pada masa itu anda dianggap sudah cukup bulan dan kelahiran boleh bermula bila-bila masa.

Berhati-hatilah dalam memastikan anda
mendapat zat besi yang mencukupi. Bayi anda memerlukan zat besi di antaranya bagi pembuatan sel-sel darah merah. Sebenarnya, adalah sukar untuk anda mendapatkan terlalu banyak zat besi daripada makanan semata-mata tanpa makan secara berlebihan. Makanan yang kaya dengan zat besi termasuk daging merah tanpa lemak, ikan, kekacang lentil, bayam dan bijirin yang diperkuat dengan zat besi. Lihatlah panduan makan secara baik kami untuk melengkapkan semua maklumat yang anda perlu ada.

ROTI GULUNG BERINTI



Bahan-bahan:3 keping roti putih
2 keping biskut tawar – dihancurkan
1 biji telur yang ditambah garam dan dipukul

Bahan untuk inti:
2 sudu besar daging ayam hancur
3 sudu besar sayur campur
1 ulas bawang kecil yang telah dicincang
2 biji cili merah yang ditumbuk halus
½ kiub ayam-ditumbuk bersama cili
Garam secukup rasa

Cara penyediannya:
1. Tumis bawang kecil bersama cili hingga kekuningan di dalam kuali.
2. Masukkan daging ayam hancur dan masak beberapa minit sehingga masak.
3. Masukkan sayur campur dan garam secukup rasa. Kemudian ketepikan.
4. Ambil roti dan digelek nipis dan dipotong dua.
5.Masukkan inti dan gulung. Gamkan hujung gulungan dengan menggunakan sedikit sapuan telur.
6. Kemudian celupkan roti ke dalam telur dan salutkan dengan biskut tawar yang telah dihancurkan.
7. Goreng sehingga kekuningan.

Selamat mencuba resepi mudah ini dan selamat menjamu selera!

Sabtu, 22 November 2014

HAPPY BIRTHDAY TO ME





Happy birthday to me..

Syukur alhamdulillah tahun ini bermakna bersama hubby tersayang.

BEN ASHAARI MUSLIMAH CHANNEL

Shopping cara paling mudah.Jom download sekarang!

1.Pergi ke Google Play(bagi pengguna Android),kemudian SEARCH BEN ASHAARI dan download sepantas yang mungkin.
2.Pilih pakaian yang anda berkenan!
3.Segala details semua ada.Klik je ADD TO SHOPPING BAG,kemudian LOGIN.




Buat pengetahuan anda,semua pakaian ini dari GM Klang.

Antara yang dijual


Selamat bershopping :)

KURUNG MANJA

 



Rm55 free pos
Kurung manja

-free saiz (s -l)
-satin tebal
-lace di pergelangan tangan dan bwah baju
- x der zip..leher bulat

Ukuran:-
Baju:-material satin
Bahu 15.5'
Dada 38'
L.baju 27'
L.lengan 24'
Hujung lengan 9'

Kain- material satin
Pinggang 28-34'
Labuh kain 41'


SMS/WHATSAPP ROSZALIZA 011-29292581

JUBAH AISYAH



Ready stok
Rm65 free pos

Jubah Aaisyah

-free size (S fit to M)
-chiffon full lining
-ada bunga2 kecil dijahit sebelah bawah baju

Ukuran:-
Bahu 15stgh"
Dada 38"
Pinggul 40"
Labuh tangan 23stgh"
Lebar tangan 6"
Labuh baju 55"


SMS/WHATSAPP ROSZALIZA 011-29292581

Rahmat disebalik kesusahan buat seorang ibu mengandung.

Rahmat disebalik kesusahan buat seorang ibu mengandung..
Saat mengandung selalu muntah. Suami akan datang dari belakang dan gosok-gosok di belakang. Isteri sakit dan suami bertambah rasa kasihan kepada isteri. Memberi sentuhan. Sebenarnya kasih sayang itu membuat anak dalam perut juga bersama ibu dan ayahnya..
Wanita mengandung kadang-kadang tidak boleh tidur malam. Susah tidur malam. Latihan supaya boleh menjaga anak-anak bila anak dah lahir.
Isteri kadang-kadang tak larat nak bersama suami atau kadang-kadang bad mood. Suami pujuk dengan picit-picit isteri. Suami berikan hadiah. Suami sentuh perut isterinya...isteri disediakan mental untuk melayan anak-anak nanti..
Paling syahdu dapat dukung or papah isteri bila dia tak larat or lepas bersalin untuk ke bilik or ke mana-mana. Saling bermaafan. Masing-masing banyak berdoa dan berzikir.
Semua orang akan merasai belas kasihan dan sayang pada wanita mengandung kerana anak-anak dalam perut itu memerlukan kasih sayang.
Hebat wanita. Biasanya semua orang tak suka jika ada benda membebankannya. Tetapi ibu senyum, ketawa bila anak sepak perutnya. Rasa ada pergerakan dalam perut satu nikmat buatnya. Ibu jika terjatuh atau sakit yang dirisaukan ialah kandungannya. Yang ingin diselamatkan.Allah masukkan perasaan sayang dalam hatinya. Indahnya menyayangi melupakan segala kesakitan dan keperitan.
Ramai suami benar-benar jatuh cinta bila isteri mengandung. Dan paling jatuh cinta saat isteri bersalinkan anak. Melihat betapa sakit dan susahnya untuk mendapatkan seorang anak.
Allah sebut kisah wanita bersalin dalam Al-Quran. Betapa ianya dihargai..mengandung 9 bulan. Kesakitan bersalin.
Wanita bersalin diampunkan semua dosanya. Uratnya yang putus. Kesusahan solat dan buat baik ketika mengandung dan saat menjaga anak-anak. Semuanya diperhati dan dinilai oleh Allah. Orang yang memudahkan mereka juga..
Mereka yang ada niat untuk mengandung dan belum ditakdirkan insyaAllah. Allah telah beri pahala mengikut niat yang baik.
Ya Allah mudahkanlah buat semua ibu yang mengandung dan bersalin. Ya Allah maafkanlah ibu kami yang sakit ketika bersalin buat kami. Ampunkan isteri kami dalam berkorban dan mati banyak kali demi kami. Ya Allah rahmatilah wanita yang ingin mengandung tapi belum ditakdirkan. Mudahkanlah buat mereka.

5 PETUA MENYIMPAN DUIT

Pada masa kini, terutamanya orang muda apabila ditanya tentang simpanan, boleh dikatakan ramai anak muda yang tidak mempunyai simpanan. Mereka merasakan ia sesuatu yang susah dan mustahil untuk dilakukan.
Apatah lagi, pada masa kini, taraf hidup yang tinggi, membuatkan aktiviti menyimpan itu sangat susah dilakukan. Andai diperhatikan, sangat kurang kempen kesedaran tentang menyimpan diwar-warkan.


Umat Islam perlu menyimpan bagi menunaikan pelbagai tuntutan agama. [Alyssakai]
Ini boleh dilihat daripada papan-papan iklan di tepi lebuhraya, di banner berhampiran lampu trafik, dan iklan-iklan dalam pusat membeli-belah, media sosial. Kesemuanya menggalakkan kita untuk berbelanja.
Jarang sekali ada iklan mengingatkan untuk  menyimpan.
Hatta bank-bank, along-along dan pemiutang mengingatkan kita untuk membayar hutang. Mereka telefon dengan bertujuan untuk memberi peringatan agar kita membayar hutang mereka tepat pada masanya. Tidak pernah ada pihak bank, along atau pemiutang telefon dan mengingatkan kita,
“Encik Haris sudah simpan duit?”
“Cik Puan Irma sudah berapa banyak simpanan?”
“Muaz sudah ada simpanan berapa ratus ribu?”

3 Kepercayaan Karut Tentang Menabung

Lebih meruncing lagi apabila masyarakat kita berpegang dengan pelbagai kepercayaan karut tentang menabung.
Sedangkan Islam sendiri mengalakkan agar umatnya menyimpan untuk kegunaan kita pada hari muka yang memerlukan seperti pengajaran yang Allah gambarkan di dalam surah Yusuf,

 Surah Yusuf 48


 Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). – Surah Yusuf 12:48


#1 – Tiada Duit Untuk Simpan

Hakikatnya tiap orang boleh menyimpan. Andai tidak mampu simpan dengan nilai yang besar, letakkan peratus paling kecil dan nilai paling rendah.
Kata-kata adalah antara salah satu bentuk doa. Justeru, tidak hairan mengapa kita tiada duit untuk simpan, kerana kita selalu cakap, ‘kita tiada duit untuk simpan’.


#2 – Simpan Untuk Kecemasan

Apa yang kita niatkan boleh menjadi doa yang paling kuat untuk dimakbulkan. Sesungguhnya kekuatan dalaman lebih kuat daripada kekuatan luaran. Oleh sebab itu penting menjaga niat.
Segarkan niat daripada ‘simpan untuk kecemasan’ kepada ‘simpan untuk meningkatkan kekayaan’. InsyaAllah itu yang akan berlaku apabila kita niatkan simpan untuk membina kekayaan.

#3 – Simpan Dengan Niat Hendak Digunakan Semula

Ia adalah suatu perkara yang biasa terjadi bagi mereka yang sudah mula menyimpan. Segalanya tertakluk kepada displin. Duit akan pergi kepada mereka yang bertanggungjawab. Semakin kita tidak bertanggungjawab dengan duit kita, duit tidak akan suka dengan kita. Seperti kita ada anak perempuan yang mahu keluar pada pukul 2 pagi, pasti kita halang. Kita prihatin dengan anak kita. Begitu juga penting mempraktikkan ia dalam perihal kewangan.

5 Teknik Menyimpan Daripada Pakar Kewangan

Teknik ini adalah gabungan teknik menyimpan oleh individu yang terkenal dalam pengurusan kewangan seperti Shamsuddin Kadir, penulis buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, Arkad, orang terkaya di Babylon dan Abang Abu, pengasas Mekanik Wang.

 #1 – Simpan Si Hijau


Simpan Hijau
Tiap kali pulang ke rumah, apabila ada Si Hijau (RM5) dalam dompet, simpan ia ke dalam tabung. Dapatkan sebuah balang dan khaskan penyimpanan RM5.

#2 – Simpan Si Oren

Andai berkemampuan dan mampu menebaskan nafsu, tiap kali membawa pulang Si Oren (RM20), masukkan ke dalam balang yang dikhaskan untuk penyimpanan RM20.


#3 – Simpan Duit Syiling

Ini adalah taraf paling rendah bagi mereka yang dalam proses mampu menyimpan Si Hijau (rujuk tip 1). Masukkan semua duit syiling dalam dompet ke dalam balang khas untuk duit syiling.

#4 – Simpan 10% Duit Gaji

Bagi mereka yang bekerja makan gaji, kita sudah memerah keringat selama 30 hari. Perkara pertama yang patut dilakukan, apabila mendapat gaji adalah membayar diri sendiri pada nilai 10% daripada gaji.

 90% Daripadanya, kita boleh habiskan jika mahu. Ada beza antara orang yang ada simpanan RM100 dengan RM10,000. Pemikiran, perasaan dan keyakinan kita akan berubah apabila kita ada simpanan RM10,000. Yang akan memudahkan kita menjadi magnet wang yang menarik lebih banyak wang.


#5 – Mulakan Menyimpan Setiap Hari (Walau 10 sen!)

“Aliran wang orang kaya – dapat duit, simpan dan baru belanja. Aliran wang orang miskin – dapat duit, belanja.”
Abang Abu, Mekanik Kewangan
Apabila kita tetapkan niat simpan setiap hari, secara tidak langsung kita sedang membuat satu aliran terhadap status kewangan kita. Ibarat kita sedang membuka empangan untuk mengalirkan air masuk. Mulakan dengan serendah 10 sen tiap hari.
“Semakin kita lakukan, semakin lancar empangan, semakin banyak air masuk.”
InsyaAllah lama kelamaan, duit akan mudah datang dan masuk dalam tabung. Jangan percaya. Praktikkan dan rasa sendiri. Minima 30 hari dan kongsikan dengan kami hasilnya.






Rabu, 19 November 2014

Perkara yang perlu dielakkan selepas makan

1.Makan buah
perut mudah kembung. kalau nak makan, ,makan selepas setengah jam makan nasi.

2.Minum teh
kandungan asid dalam teh menyebabkan makanan yang diproses menjadi keras di dalam perut.Akan mengganggu sistem pencernaan.. (oh, ini kot punca sembelit)

3.Longgarkan tali pinggang
menyebabkan anda rasa nak makan banyak-banyak gitu..

4.Mandi
darah akan berkumpul di tangan dan kaki..jadi proses penghadaman akan terganggu.

5.Bersenam
akan mengganggu penyerapan zat-zat makanan ke dalam tubuh.

6.Tidur
akan mudah terdedah kepada risiko gastrik dan masalah usus.

Macadamia Truffles




Macadamia Truffles
OLEH:Noor Abdul Rahim
Sumber:
Facebook

Bahan-bahan :
* 22 keping biskut Oreo - dikisar halus tanpa buang krim

* 1/2 cawan gula icing
* 1/2 cawan kelapa kering
125g cream cheese - suhu bilik
1/2 sudu kecil esen vanila
kacang macadamia secukupnya - dipanggang / disangar

200g semi sweet chocolate - dicincang (kalau guna chocolate chips, tak perlu cincang)

Cara-cara :
1. Pukul cream cheese & esen vanila hingga berkrim.
2. Masuk kan kesemua bahan bertanda * & gaul hingga sebati.
2. Bulat-bulatkan adunan menjadi sebesar guli. Leperkan sedikit & bubuh kacang macadamia ditengah, kemudian bulatkan & tutup rapi.
3. Letak kan diatas dulang. Masuk kan kedalam peti sejuk selama 1/2 jam.
4. Cairkan chocolate - cara double boiling.
5. Celupkan bebola yg telah sejuk & letak kan keatas dulang atau mangkuk kertas.
6. Masuk kan kedalam peti sejuk supaya chocolate mengeras sebelum dimasuk kan kedalam bekas & disimpan di dalam peti sejuk.


** Adunan menghasilkan 30 biji truffles

KHASIAT AIR KELAPA MUDA



KHASIAT AIR KELAPA MUDA

1. Membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.

2. Boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.

3. Membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.

4. Membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan.

5. Mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Boleh juga dijadikan minuman tenaga.

6. Merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.

7. Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan anda.

8. Boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.

9. Meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.

10. Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.

11. Membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.

12. Membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.

13. Membantu merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.

14. Membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh seseorang.

Kisah Cinta Yang Amat Menyentuh Hati.. Viral Di Instagram

KETIDAKSEMPURNAAN bukan penghalang untuk mengecapi kebahagiaan dan menemui cinta sejati.
Sementelah, tiada siapa meminta untuk lahir cacat dan kurang upaya namun ketentuan Ilahi tak mungkin dapat disanggah.
Maka, kisah cinta yang dimuat naik oleh Zaed Mahmood di laman sosialnya mampu menyentuh hati sesiapa sahaja yang membaca hingga menjadi viral di Instagram.
Segala-galanya bermula apabila Zaed melihat sepasang suami isteri sedang ralit mencari kasut di sebuah pusat beli belah.
Si suami dilihat cukup sabar melayan isterinya yang merupakan orang kurang upaya cacat penglihatan.
Kerenah isterinya diturut tanpa merungut malah bait-bait kata yang ditutur jelas menunjukkan ketulusan cinta seorang suami yang tak berbelah bahagi.
kisah-suami-yang-mulia-1
Lebih meruntuh jiwa, apabila isterinya yang cacat penglihatan didengar berkata kepada suaminya:
“Abang, sepanjang hidup, saya tidak pernah tahu secantik mana kasut yang saya pakai. Semua yang cantik di mata abang, berganda cantik di mata saya. Saya cuma dapat merasa keselesaan kasut ini sahaja…”
Tersentuh hati mendengar luahan isteri ini, yang begitu tulus mengungkapkan penghargaan atas kehadiran suaminya yang memberi sinar baharu dalam hidup.
Manakala si suami sebaik mendengar kata-kata itu, terus memuji bahawa kasut itu paling cantik dipakai isterinya walaupun Zaed tahu, si suami lebih suka kasut yang lain.
Begitu tinggi sekali kasih sayang suami isteri ini, hingga berkorban perasaan demi menjaga hati satu sama lain.
noradanish-2
Kisah ini turut mendapat perhatian aktres terkenal, Nora Danish yang telah repost semula posting @zaedmahmood ini kepada peminatnya.
Sesungguhnya, beruntunglah seorang wanita yang dikurniakan rezeki mendapat suami amat baik.
Moga-moga kisah pasangan ini jadi iktibar kepada pasangan di luar sana agar sabar melayani kekurangan pasangan anda yang mungkin, tidaklah sampai cacat penglihatan tetapi buat anda meradang apabila tidak dapat mencari barang yang diminta.
Benarlah, kekurangan bukan penghalang untuk mengecap bahagia jika ditemukan dengan insan yang tepat! –

Kegilaan Kafe Magnum Melanda Mid Valley

Pada 14 November yang lalu, Kafe Magnum yang pertama di Malaysia telah dibuka di Mid Valley. Magnum Malaysia sebelum itu telah mengumumkan bahawa pada hari pembukaan tersebut, 500 pelanggan yang pertama akan diberikan customized Magnum secara percuma! Oleh sebab itu, pada hari pembukaan kafe tersebut, kawasan Mid Valley di aras 3 sesak dengan orang ramai yang beratur bagi merasai customized Magnum mereka yang pertama. Meriah betul!
Jadi, pada anda yang belum berkesempatan merasai nikmat makan ais krim Magnum yang boleh dipelbagaikan di Kafe Magnum, apa lagi, cepat-cepat pergi ke Kafe Magnum, Aras 3, Mid Valley Megamall!


Sumber gambar: https://www.facebook.com/MagnumMalaysia

Selasa, 18 November 2014

Senaman Yang Sesuai Ketika Hamil

Yasmin-Hani-1


Hanya kerana anda sedang hamil, tidak bermaksud anda perlu berhenti membuat senaman. Malah, anda boleh menyesuaikan senaman mengikut tahap kehamilan. Selalulah berbincang dengan doktor peribadi anda mengenai rutin kecergasan. Kebanyakan gim hari ini menawarkan lebih dari angkat berat dan aerobik. Selain kelas yoga dan Pilates, kebanyakan gim juga menawarkan kelas senaman khusus untuk bakal ibu. Oleh itu, teruskan bersenam, tetapi ukur keupayaan tubuh anda dan ubah rutin senaman anda. 
Ketahui 4 jenis senaman yang boleh dipraktikkan untuk wanita hamil. 

Latihan angkat berat. Latihan angkat berat semasa kehamilan tidak menjadi masalah, walaupun anda perlu menjaga postur yang baik untuk mengelakkan kecederaan dan menggunakan beban yang lebih ringan pada alatan angkat berat. Anda tidak perlu untuk membina otot, hanya menjaga keanjalan otot sedia ada. Berhati-hatilah ketika anda membuat regangan kerana sendi dan ligamen menjadi lebih elastik selama kehamilan. Selalulah berbincang dengan jurulatih yang berpengalaman tentang apa yang selamat bagi anda semasa latihan. 
Aerobik. Hadiri hanya kelas yang dirancang khusus, menumpukan pada latihan diafragma pinggul, postur dan tempoh rehat yang panjang. Dan anda harus memilih pilihan yang kurang memberi impak, seperti berlari setempat. Elakkan melakukan aktiviti lompatan dengan muzik yang kuat kerana aktiviti tersebut dapat memberi yang negatif pada bayi.

Yasmin-Hani-6

Yoga. Kelas kehamilan khusus yang memfokuskan kepada stabilisasi struktur fizikal anda dan mencipta ruang untuk bayi. Gaya yoga ini direka untuk menguatkan tulang belakang anda, mempertahankan keselarasan tulang pinggul anda, dan meningkatkan pernafasan. Hal ini juga dapat membina ketenangan, dan keyakinan diri ke arah proses kelahiran.
Senaman yoga juga diamalkan oleh pelakon Yasmin Hani. Menerusi laman Instagram, Hani telah berkongsi beberapa foto sewaktu melakukan senaman yoga bersama teman-teman rapat iaitu Atilia dan Daphne Iking. Menurut Yasmin Hani, tidak salah untuk seorang ibu mengandung mengamalkan senaman ringan seperti itu, asalkan ia tidak mendatangkan kemudaratan pada diri si ibu serta bayi yang berada di dalam kandungan.

pilates ketika hamil

Pilates. Ia bagus untuk meningkatkan keseimbangan diri anda, postur, koordinasi dan pernafasan, dan anda boleh memulakan aktiviti ini setelah mengetahui bahawa anda hamil. Namun, beberapa latihan yang dilaksanakan tidak sesuai atau tidak selesa bagi wanita hamil, seperti berbaring di pinggul atau perut. Jurulatih anda akan menyediakan beberapa posisi yang bersesuaian dengan keupayaan anda.
Sumber : 1 & 2

[DIY] “Face Mask” Coklat Untuk Semua Jenis Kulit

CFM

Menggunakan “face mask” coklat adalah bagus untuk mengekalkan kulit yang berseri dan kelihatan lebih muda secara semulajadi.
Koko adalah sangat baik untuk kulit dan memberikan manfaat antioksidan yang tinggi. Flavonols koko membantu memperbaiki tekstur kulit dan penghidratan. Ia juga mengandungi mineral-mineral yang menggalakkan pertumbuhan sel dan pembaikan tisu.
“Face mask” ini juga mengandungi yogurt, oatmeal dan madu.
Yogurt mempunyai sifat pelembap dan anti-penuaan yang membantu melicinkan kulit kasar. Ia juga mengandungi asid laktik yang lembut yang mampu mengelupas kulit, mengetatkan liang, mengurangkan kecacatan kulit dan menyembuhkan kulit yang terbakar akibat cahaya matahari.
Oat menyerap minyak berlebihan daripada kulit dan mampu untuk membuang sel-sel kulit mati dan bakteria jerawat. Di samping itu, ia membantu mengekalkan pH kulit.
Madu pula membantu mengekalkan kelembapan dan memberikan kesan kulit yang bercahaya.
Cara-cara membuat DIY “face mask” coklat
Barang-barang yang diperlukan adalah:
Serbuk koko tanpa gula (unsweetened)
Yogurt original
Oatmeal
Madu
Mangkuk
Sudu
Langkah-langkah:
1) Letakkan 1 sudu besar serbuk koko tanpa gula di dalam mangkuk
2) Tambahkan 2 sudu besar yogurt original
3) Tambahkan 1 sudu besar serbuk oatmeal
4) Campurkan dan gaul kesemua bahan bersama 1 sudu teh madu
chocolate-mask-final-product-opt
Siap! Sekarang, anda boleh lah sapukan “face mask” coklat ini ke muka dan leher anda yang telah dibersihkan. Biarkan ia selama 15-20 minit. Tanggalkan ia daripada muka dengan menggunakan tuala kertas lembap atau tuala lembut. Bilas muka dengan air suam dan keringkan.
Boleh dilakukan 1 atau 2 kali dalam seminggu!
Sumber: Top 10 Home Remedies

Demi Ketam Melintas, Jalan Ditutup Setiap Tahun


Kedengaran amat pelik namun ia memang berlaku di Pulau Christmas yang terletak di Australia.
Lebih 120 juta ketam yang mendiami pulau ini, memenuhi jalanraya pada setiap tahun antara bulan Oktober dan November.
Hal ini disebabkan, waktu tersebut adalah tempoh musim mengawan bagi ketam-ketam di Pulau Christmas jadi ia berhijrah dari pulau ke laut untuk bertelur.
Oleh kerana kehadiran ketam yang banyak pada tempoh penghijrahan tersebut, pihak berkuasa terpaksa mengarahkan jalanraya di pulau tersebut ditutup agar ketam-ketam tersebut tidak dilanggar kenderaan ketika ‘melintas’.
crab-2 crab-3
Ketam-ketam berwarna merah ini tinggal di habitat kawasan lembab hutan hujan dan akan berhijrah untuk mengawan dan bertelur di perairan pulau tersebut.
Kebiasaannya, ketam merah ini mengambil masa 4 minggu untuk bertelur,sebelum pulang kembali ke habitat asalnya.
crab-5
Cuba anda tengok…memang banyaklah ketam-ketam di pulau ini!
redcrab02 red-crab-migration-7[2] 3 (1)cRAB gOLF download
crab-4
Lebih mengujakan, pulau ini mempunyai keunikan tersendiri kerana majoriti penduduk asal pulau tersebut berbangsa Melayu Cocos dan beragama islam. Penduduk di sana juga bercakap dalam bahasa melayu tau!
Apa lagi, mungkin Pulau Christmas ini boleh dijadikan destinasi pelancongan anda akan datang