Sabtu, 15 November 2014

Ais Krim Milkcow Dari Korea Akan Dibuka Di The Gardens Mall

13235_1504161633200893_1058766258354302217_n

Anda peminat korean dessert? Pernah cuba ais krim Milkcow? Apa menariknya ais krim Milkcow ini? Korea Milkcow yang terkenal dengan ais krim organik yang mempunyai tekstur lembut ini bakal dibuka di The Gardens Mall sekitar November ini. 
Sebanyak 12 jenis ais krim akan ditawarkan malah pelbagai topping menarik seperti honey syrup, cotton candy dan macarons akan disediakan. Ini merupakan kedai ais krim Milkcow yang pertama di Malaysia. Bukan itu sahaja, ais krim lembut lemak berkrim ini bermula di Korea Selatan sekitar tahun 2013 malah terus mendapat tempat di hati penggemar ais krim kerana ianya didatangi dengan topping honey chip dan honeycomb. 
Bukan itu sahaja, Milkcow menggunakan 100 peratus madu asli dari ladang madu di Sydney dan Tasmania. Ais krim diperbuat daripada susu organik dari Itali untuk rasa yang lebih mendalam dan lebih kaya. Difahamkan, kesemua bahan-bahan untuk ais krim Milkcow akan diimport dari Korea Selatan.
Harga untuk setiap ais krim Milkcow mengikut kepada pilihan cawan iaitu 8oz atau kon, antara RM8 hingga RM12, bergantung kepada topping. 
Teruja? Tetapi buat masa sekarang, tarikh rasmi pembukaan belum ditetapkan lagi. Anda boleh ke Milkcow yang terletak di Lower Ground Floor (berhadapan Cold Storage), The Gardens Mall, Mid Valley City, Kuala Lumpur. Harga antara RM8 hingga RM12. Info lanjut boleh ke Milkcow Malaysia
10458733_1499301377020252_5456212557063265773_n
10460477_1494101280873595_7834869565406120314_n
milkcow korea 1
milkcow korea 2
milkcow korea

0 ulasan: