Rabu, 12 November 2014

Menara Eiffel Pun Wujud Di Negara China

Kota Paris sentiasa menjadi destinasi idaman. Tambahan pula, kota itu mengungguli carta kota paling romantis sekaligus menjadi destinasi perlancongan paling terkenal dunia.
Pastinya bila menyebut nama kota Paris ini terbayang-bayang di mata Menara Eiffel yang cukup gah hingga diiktiraf sebagai 7 keajaiban dunia.
Namun dalam kepopularitian kota yang cukup sinonim dengan Menara Eiffel ini, ada pula pihak-pihak yang mahu meniru struktur Menara Eiffel.
Hah, mana lagi kalau bukan di negara China. Negara tersebut memang cukup terkenal dengan konsepnya barangan tiruannya. Pendek kata, semua barang hendak ditiru!
Mesti anda tidak percaya kan?….hah anda tengoklah sendiri kota di tanah China yang konon-kononnya di Paris ini….

replica-paris-10replica-paris-2

Untuk makluman anda tempat ini sudah dibina sejak tahun 2007 lagi dan syarikat yang bertanggungjawab dalam pembinaan bandar ini ialah Zhejiang Guangsha Co. Ltd.
Memang menarik bukan?  Sebuah bandar replika berjaya terhasil daripada adaptasi bandar Paris dan Menara Eiffel yang terletak di Tianducheng, Wilayah Zhejiang.
Tapi sayangnya,  projek ini dikatakan tidak berjaya seperti yang diharapkan kerana kota replika ini kurang mendapat sambutan hinggakan ianya kelihatan sunyi.

replica-paris-3replica-paris-11-720x448replica-paris-15replica-paris-8

Sekali imbas memang sebijik dengan kota Paris. Sampaikan semua dekorasi di Paris menjadi inspirasi untuk membina kawasan ini seperti reka bentuk kolamnya, taman-taman dan bangunan yang dibina.
Bezanya, Menara Eifel mempunyai saiz yang lebih besar iaitu tiga kali ganda daripada saiz ini. Manakala, replika Menara Eifel di China ini hanya lah berketinggian 108 meter (354 kaki).

replica-paris-4replica-paris-5replica-paris-6replica-paris-7replica-paris-16

Meskipun bandar ini sunyi dan kurang penghuni, tetapi sering menjadi pilihan bakal pengantin untuk  datang menjalani sesi photoshoot di ‘bandar romantis timur’ ini.
Jadi bagi anda yang bakal menjejakkan kaki ke ke negara China bolehla singgah ke kota replika ala-ala Paris ini yer!

0 ulasan: