Isnin, 17 November 2014

10 Kafe Korea Yang Sedap & Menarik Patut Anda Cuba

10661623_717700394934031_13738725576993738_o
1. Caffe Benne (Jaya Shopping Centre, Sunway Piramid, Solaris Mont Kiara, Gurney Paragon Mall)
Jika anda peminat ais kacang, mungkin anda patut berkunjung ke sini kerana Caffe Benne menawarkan ais kacang versi Korea yang dipanggil bingsoo. Caffe Bene adalah francais kopi ikonik yang telah membuka lebih daripada 600 cawangan di negara-negara Asia. Apa yang menarik di sana? Sudah tentulah Bingsoo, Belgian Liege Waffles, Matcha Bingsu, Tiramisu Waffles, Italian Gelato, Fruit Smoothies dan banyak lagi.
Untuk lihat apa lagi menu menarik, anda boleh ke Facebook Caffebene Malaysia
10348994_355668037941972_8386495274540458669_n
2. Dal. Komm Coffee (Damansara Uptown, D’Pulze Shopping Centre Cyberjaya)
Dal.Komm Kopi sebuah kafe pelbagai guna yang berdedikasi untuk pencinta muzik di seluruh dunia. Dengan pemilihan konsep unik dengan reka bentuk dalaman seperti mini-konsert menjadikan kafe ini sungguh menarik dan lain dari yang lain. Sambil nikmati kopi, anda boleh dengar dan lihat muzik yang dimainkan. Bukan itu sahaja, sempena dengan pelancaran kafe di Malaysia, kumpulan popular Korea, 2AM dijemput untuk menjadi tetamu khas untuk grand opening pada 29 November ini.
Untuk info lanjut, boleh ke Facebook Dal.Komm Coffee Malaysia
1610832_361093757390783_1875637330329635296_n
3. Tous Le Jours ( Jalan Telawi Bangsar, Bukit Bintang, Empire Damansara)
Tous Les Jours adalah salah sebuah francais kopi Korea yang membuka kedai pertamanya di Telawi, Bangsar, diikuti cawangan kedua di Bukit Bintang pada tahun lepas. Berbanding dengan cawangan di Bangsar, cawangan Bukit Bintang lebih besar dan luas sambil menikmati kehidupan penuh sibuk di Bukit Bintang. Bukan itu sahaja, Tous Le Jours meniru gaya desa Perancis menjadikan kita selesa apabila berada di sana. Setakat ini, Tous Le Jours hanya menawarkan set sarapan seperti WOLO Egg Benedicts, Egg & Soldier, TLJ Breakfast, Cheese Mushroom Omelette dan Banana Ricotta Cheese & French Toast. Pilihan lain ialah pelbagai roti dan kek ala Pearancis – Asia disediakan. 
Untuk sebarang info, anda boleh ke Facebook Tous Les Jours Malaysia.
1374931_521585841257182_1937261190_n
4. Namoo On The Park (Publika)
Namoo on the Park merupakan kafe Korea yang pertama dibuka di KL pada 18 Julai 2012 dan sejak itu mula mendapat tempat di hati warga KL. Pencuci mulut ikonik ialah Potato Cake, Bingsu (ais kacang), Hotteok (penkek manis), Mat Tang (kepingan kentang dengan karamel) dan sebagainya. Bukan itu sahaja, Namoo on the Park juga menyediakan aneka brunch dan dinner makanan Korea seperti Bulgogi Taco, Bibi Rice Burger, dan Cheese Dukbokki. 
Sebarang info, boleh ke Facebook Namoo Korean Dessert Cafe n Bistro on the park.
10325653_600645280055221_2565123066090161839_n
5. Coffea Coffee (Jalan Telawi Bangsar, SS15 Subang Jaya, Sunway Piramid, The Curve, Encorp Mall, Pavillion, Sri Petaling)
Sama seperti Caffe Bene, Coffea Coffee ialah francais kopi dari Korea yang telah membuka kedai pertamanya di Bangsar pada akhir 2012. Coffea Coffee menyajikan sehingga 13 jenis kopi standard termasuk espresso, americano, cafe latte, cafe mocha, cappuccino, flat white, latte macchiato, dan sebagainya. Mungkin apa yang membuat kafe ini lebih menonjol ialah kopi istimewa dari ladang terbaik di Brazil, Guatemala, Kenya, Ethiopia, Sumatra, Columbia, dan Costa Rica.
Pergi ke Facebook Coffea Coffee Malaysia untuk sebarang info. 
10658521_722714604490299_5410544731311697467_o
6. Bros. Korean Dessert Cafe (Uptown Avenue S2 Seremban)
Seterusnya, Bros. Korean Dessert Cafe yang terletak jauh dari kesibukan KL, Uptown Avenue S2 Seremban. Mungkin ramai tidak mengetahui tentang kafe ini tetapi berdasarkan ulasan dan juga review, nescaya kafe ini juga berjaya menarik pelanggan Malaysia. Mengetengahkan konsep minimalis dengan hiasan desa jauh dari hiruk pikuk bandar. Antara yang menarik ialah Strawberry Bingsoo, Nokcha Bingsoo, Coffee Bingsoo, Misu-Organic Bingsoo dan Ice Latte. 
Untuk info lanjut, boleh ke Facebook Bros. Cafe.
Cafe-Olle-Outlook
7. Cafe Olle (Sri Hartamas)
Kebanyakan francais kopi Korea boleh didapati dengan mudah di bandar KL tetapi Cafe Olle tersembunyi jauh di Sri Hartamas. Walaupun Sri Hartamas terkenal dan menjadi pot warga Korea dengan supermarket dan restoran BBQ, Cafe Olle merupakan kafe Korea pertama dibuka di kawasan itu. Menariknya di sini, kopi istimewa diimport dari Terrarosa, sebuah kilang kopi yang terkenal dengan ladang-ladang kopi yang paling terkenal di seluruh dunia. Kafe ini mementingkan kesederhaan dan menyajikan pelbagai jenis kek dan latte yang menjanjikan kombinasi sempurna. 
Pergi ke Facebook CAFE OLLE untuk info. 
IMG_8645
8. SeoulScape (Kota Damansara)
SeoulScape terkenal terutamanya di kalangan peminat Kpop yang menjual barang-barang dagangan K-Pop secara eksklusif. Malah, kafe ini juga menawarkan aneka kopi dan kek malah beberapa makanan tradisional Korea bagi menarik pelanggan. 
DSC08056
9. Nabe Bakery Cafe (Ampang, Solaris Mont Kiara)
Mungkin ada di antara kita yang tidak familiar dengan Nabe Bakery Cafe tetapi ramai mengatakan kafe ini menawarkan aneka roti dan kek setaraf dengan Tous Le Jours. Kafe pertamanya di Ampang, kini terdapat cawangan ke-2 di Solaris Mont Kiara untuk memuatkan lebih ramai pengunjung yang ingin menikmati sarapan lewat pagi mereka. Sama seperti Tous Les jours, Nabe menawarkan pilihan yang luas termasuk kek, roti, biskut dari bahan-bahan yang diimport dari Korea. Di sini tarikannya juga pada pilihan patbingsoo yang menyegarkan, Ice Drip Dutch Coffee dan juga Jus Kiwi.
10164137354_d37dd650fe_b
10.  B Station (Ampang Korean Village)
B Station yang terletak di Ampang Korean Village ini menawarkan pelbagai jenis makanan tradisional Korea. Dengan mengetengahkan konsep minimalis, pemilik kafe meletakkan banyak usaha dalam menghias kafe untuk memastikan suasana yang nyaman selesa untuk pelanggan. Malah, kafe ini boleh memuatkan sehingga 40 orang di tingkat dua tetapi tingkat ini hanya dibuka untuk majlis persendirian. Jangan risau kerana kafe ini Halal, mereka hanya mengupah tukang masak Islam, malah di sini pork-free dan MSG-free.
Info lanjut boleh ke Facebook B-station
SUMBER

1 ulasan:

lisanna berkata...

Nabe bakery cafe ampang tu kat mana