Hanya kerana anda sedang hamil, tidak bermaksud anda perlu berhenti membuat senaman. Malah, anda boleh menyesuaikan senaman mengikut tahap kehamilan. Selalulah berbincang dengan doktor peribadi anda mengenai rutin kecergasan. Kebanyakan gim hari ini menawarkan lebih dari angkat berat dan aerobik. Selain kelas yoga dan Pilates, kebanyakan gim juga menawarkan kelas senaman khusus untuk bakal ibu. Oleh itu, teruskan bersenam, tetapi ukur keupayaan tubuh anda dan ubah rutin senaman anda.
Ketahui 4 jenis senaman yang boleh dipraktikkan untuk wanita hamil.
Latihan angkat berat. Latihan angkat berat semasa kehamilan tidak menjadi masalah, walaupun anda perlu menjaga postur yang baik untuk mengelakkan kecederaan dan menggunakan beban yang lebih ringan pada alatan angkat berat. Anda tidak perlu untuk membina otot, hanya menjaga keanjalan otot sedia ada. Berhati-hatilah ketika anda membuat regangan kerana sendi dan ligamen menjadi lebih elastik selama kehamilan. Selalulah berbincang dengan jurulatih yang berpengalaman tentang apa yang selamat bagi anda semasa latihan.
Aerobik. Hadiri hanya kelas yang dirancang khusus, menumpukan pada latihan diafragma pinggul, postur dan tempoh rehat yang panjang. Dan anda harus memilih pilihan yang kurang memberi impak, seperti berlari setempat. Elakkan melakukan aktiviti lompatan dengan muzik yang kuat kerana aktiviti tersebut dapat memberi yang negatif pada bayi.
Yoga. Kelas kehamilan khusus yang memfokuskan kepada stabilisasi struktur fizikal anda dan mencipta ruang untuk bayi. Gaya yoga ini direka untuk menguatkan tulang belakang anda, mempertahankan keselarasan tulang pinggul anda, dan meningkatkan pernafasan. Hal ini juga dapat membina ketenangan, dan keyakinan diri ke arah proses kelahiran.
Senaman yoga juga diamalkan oleh pelakon Yasmin Hani. Menerusi laman Instagram, Hani telah berkongsi beberapa foto sewaktu melakukan senaman yoga bersama teman-teman rapat iaitu Atilia dan Daphne Iking. Menurut Yasmin Hani, tidak salah untuk seorang ibu mengandung mengamalkan senaman ringan seperti itu, asalkan ia tidak mendatangkan kemudaratan pada diri si ibu serta bayi yang berada di dalam kandungan.
Pilates. Ia bagus untuk meningkatkan keseimbangan diri anda, postur, koordinasi dan pernafasan, dan anda boleh memulakan aktiviti ini setelah mengetahui bahawa anda hamil. Namun, beberapa latihan yang dilaksanakan tidak sesuai atau tidak selesa bagi wanita hamil, seperti berbaring di pinggul atau perut. Jurulatih anda akan menyediakan beberapa posisi yang bersesuaian dengan keupayaan anda.
Sumber : 1 & 2
Ramai keliru bagaimana pemandu boleh rempuh buaya di lebuh raya
-
Gambar seekor buaya yang dirempuh kereta di Jalan Penanjong di Tutong,
Brunei, telah menjadi tular. - Foto tularKUALA LUMPUR: Gambar seekor buaya
besar ya...
Sehari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan