Rahmat disebalik kesusahan buat seorang ibu mengandung..
Saat mengandung selalu muntah. Suami akan datang dari belakang dan gosok-gosok di belakang. Isteri sakit
dan suami bertambah rasa kasihan kepada isteri. Memberi sentuhan.
Sebenarnya kasih sayang itu membuat anak dalam perut juga bersama ibu
dan ayahnya..
Wanita
mengandung kadang-kadang tidak boleh tidur malam. Susah tidur malam.
Latihan supaya boleh menjaga anak-anak bila anak dah lahir.
Isteri kadang-kadang tak larat nak bersama suami atau kadang-kadang bad
mood. Suami pujuk dengan picit-picit isteri. Suami berikan hadiah. Suami
sentuh perut isterinya...isteri disediakan mental untuk melayan
anak-anak nanti..
Paling syahdu dapat dukung or papah isteri bila
dia tak larat or lepas bersalin untuk ke bilik or ke mana-mana. Saling
bermaafan. Masing-masing banyak berdoa dan berzikir.
Semua orang
akan merasai belas kasihan dan sayang pada wanita mengandung kerana
anak-anak dalam perut itu memerlukan kasih sayang.
Hebat wanita.
Biasanya semua orang tak suka jika ada benda membebankannya. Tetapi ibu
senyum, ketawa bila anak sepak perutnya. Rasa ada pergerakan dalam
perut satu nikmat buatnya. Ibu jika terjatuh atau sakit yang dirisaukan
ialah kandungannya. Yang ingin diselamatkan.Allah masukkan perasaan
sayang dalam hatinya. Indahnya menyayangi melupakan segala kesakitan dan
keperitan.
Ramai suami benar-benar jatuh cinta bila isteri
mengandung. Dan paling jatuh cinta saat isteri bersalinkan anak. Melihat
betapa sakit dan susahnya untuk mendapatkan seorang anak.
Allah sebut kisah wanita bersalin dalam Al-Quran. Betapa ianya dihargai..mengandung 9 bulan. Kesakitan bersalin.
Wanita bersalin diampunkan semua dosanya. Uratnya yang putus. Kesusahan
solat dan buat baik ketika mengandung dan saat menjaga anak-anak.
Semuanya diperhati dan dinilai oleh Allah. Orang yang memudahkan mereka
juga..
Mereka yang ada niat untuk mengandung dan belum ditakdirkan insyaAllah. Allah telah beri pahala mengikut niat yang baik.
Ya Allah mudahkanlah buat semua ibu yang mengandung dan bersalin. Ya
Allah maafkanlah ibu kami yang sakit ketika bersalin buat kami. Ampunkan
isteri kami dalam berkorban dan mati banyak kali demi kami. Ya Allah
rahmatilah wanita yang ingin mengandung tapi belum ditakdirkan.
Mudahkanlah buat mereka.
Ramai keliru bagaimana pemandu boleh rempuh buaya di lebuh raya
-
Gambar seekor buaya yang dirempuh kereta di Jalan Penanjong di Tutong,
Brunei, telah menjadi tular. - Foto tularKUALA LUMPUR: Gambar seekor buaya
besar ya...
Sehari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan