Ōkunoshima adalah sebuah pulau kecil yang terletak di Laut Dalam Negeri Jepun di bandar Takehara, Wilayah Hiroshima. Ia boleh diakses menaiki feri dari Tadanoumi dan Ōmishima. Terdapat tapak perkhemahan, laluan pejalan kaki dan juga tempat-tempat bersejarah di pulau itu.
Ia sering dipanggil Usagi Jima (Rabbit Island) kerana terdapat banyak arnab yang berkeliaran di pulau itu. Arnab-arnab di pulau tersebut dikenali dan disukai oleh pengunjung kerana sifat mereka yang sangat jinak dan mudah mendekati manusia. Mereka juga sangat comel dan manja.
Pengunjung yang mengunjungi pulau itu dapat merasai pengalaman bermanja dengan arnab yang sangat banyak, memberi mereka makanan, dan juga membelai mereka.
Apa lagi, mari kita lihat keunikan Rabbit Island tersebut!
Sumber gambar: http://imgur.com/
Comel kan, semua arnab-arnab tu? Geram tengok. Jika anda sukakan arnab, boleh lah mulakan plan untuk berkunjung ke Ōkunoshima, Rabbit Island ni!
0 ulasan:
Catat Ulasan