Dahulu, zaman tiada perkhidmatan internet dan teknologi canggih, ibu bapa memang tiada budaya berkongsi setiap perkara intim atau peribadi di laman sosial. Kini ibu bapa moden lebih selesa dan gemar berkongsi apa saja di internet terutamanya mengenai anak-anak dan juga perkara peribadi yang lain. Ada juga ibu bapa yang berlebih-lebihan sehingga menyebabkan orang di sekeliling mereka berasa jengkel.
Baru-baru ini, ada persoalan mengenai sikap ibu bapa yang berkongsi gambar bayi mereka yang baru dilahirkan di laman sosial seperti Facebook, Instagram dan juga di blog peribadi. Ada ibu bapa yang mungkin ingin berkongsi kegembiraan mereka atau berkongsi gambar dengan kenalan rapat dan saudara mara. Tetapi perkara ini boleh mengundang penyakit irihati atau lebih spesifiknya, penyakit ‘Ain. Apa penyakit ‘ain ini wahai pembaca Wanista? Kami telah membuat beberapa pembacaan di internet mengenai penyakit ‘ain ini untuk memberikan sedikit pencerahan.
Penyakit ‘ain, yaitu penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata. Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata,
والعين نظر باستحسان مشوب بحسد من خبيث الطبع يحصل للمنظور منه ضرر
“Dan ‘ain itu adalah pandangan suka disertai hasad yang berasal dari kejelekan tabiat, yang dapat menyebabkan orang yang dipandang itu tertimpa suatu bahaya.” [Fathul Bari, 10/200]
Penyakit ‘ain adalah sesuatu yang benar-benar ada secara hakiki. Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam bersabda,
الْعَيْنُ حَق وَلَوْ كَانَ شَىْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا
“’Ain itu benar adanya, andaikan ada sesuatu yang dapat mendahului taqdir maka ‘ain akan mendahuluinya, dan apabila kalian diminta untuk mandi maka mandilah.” [HR. Muslim dari Ibnu Abbas radhiyallahu’anhuma]
Menurut portal , orang yang terkena penyakit ‘ain ini biasanya yang dipandang secara langsung. Ada pandangan mata yang tidak berbicara itu apabila melihat seseorang tanpa berkata-kata tetapi hatinya penuh hasad dengki, cemburu, dendam, geram, dan lain-lain yang boleh memudaratkan kita.
Adakah ia boleh memudaratkan kita terutamanya bayi ?
Penyakit ‘ain sebenarnya dikategorikan sebagai sejenis penyakit ghaib yang mempunyai keterangan hadis, sebagai contoh apabila seseorang melihat bayi yang comel dan cantik, sedangkan dia belum ada anak dan hatinya yang cemburu itu boleh terkena anak anda dengan membuat dia jatuh sakit atau hilang selera makan. Pandangan mata yang penuh dengan hasat dengki itu dia boleh memudaratkan orang yang dipandangnya.
Terdapat banyak hadis Rasulullah saw yang menyebut mengenai ‘ain dan ini membuktikan kebenarannya dan kewujudannya. Ia mungkin kedengaran agak janggal bagaimana pandangan mata itu boleh merosakkan, memudaratkan atau menyebabkan seseorang itu sakit. Tetapi sebagai seorang yang beriman kepada Allah dan perkara ghaib, kita wajib menerima perkara ini walaupun ia sukar diterima akal dan kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan ‘ain supaya tidak menimpa kita dan ‘ain kita tidak pula menimpa orang lain.
Panduan mengelak mengenakan `Ain
Seandainya timbul perasaan itu, cepat-cepatlah meminta perlindungan daripada Allah SWT. Sebutlah “MassyaAllaah, laa quwwata illaa billaah.” Seperti yang terdapat di dalam firman Allah SWT dalam surah Al-Kahfi ayat 39 dan 40 yang maksudnya:Dan mengapa kamu tidak mengatakan waktu kamu memasuki kebunmu “maasyaallaah, laa quwwata illaa billaah (sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud, tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah). Sekiranya kamu anggap aku lebih sedikit darimu dalam hal harta dan keturunan. Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus.(Maksud surah Al-Kahfi ayat 39 dan 40)
Atau baca saja isti`azah atau ta`awwudz:
أَعُوْذ ُباِللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْم(Aku berlindung dari Allah dari syaitan yang direjam.)
Allah SWT ada beri panduan. Di dalam Al-Qur’an, Surah Al-A’raaf, ayat 200 yang maksudnya:
“Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
(Maksud Surah Al-A‘raaf ayat 200 )
0 ulasan:
Catat Ulasan