Mesti ramai yang pernah tengok gambar kucing ini yang bertebaran di media social dan sebenarnya mereka menjadi kegemaran ramai.
1. Snoopy the Cat
Dengan
mata bulat, hidung mungil, dan badan bulatnya, Snoopy merupakan
selebriti kucing yang paling comel. Pada asalnya beliau terkenal di
negara asalnya, Cina, melalui laman sosial Weibo, tetapi oleh kerana
kecomelan dan aksinya, beliau pantas menjadi fenomena antarabangsa.
Fanpage Snoopy untuk warga Thailand sahaja mencecah 36,000 likes dalam
setahun! Beliau mendapat pendedahan antarabangsa melalui featured
posting di dalam Catsparella, dan kini, terdapat 2 blog Tumblr yang
dibuat untuk beliau.Snoopy the Cat, bukan setakat comel, tetapi,
mempunyai fashion sense yang wajar kita ikuti!
2.Maru
Maru, berasal dari Jepun, merupakan seekor kucing yang sangat nakal
tetapi lucu! Mendapat gelaran kucing paling lucu dalam dunia, kucing ini
adalah seekor jantan berbaka Scottish Fold. Beliau menjadi terkenal
apabila aksinya bermain – terutama kegilaanya bermain kotak dan
kesukaannya memakai “topi” dirakam dan dikongsi di Youtube. Setakat
April 2013, video Maru telah ditonton sebanyak 200 juta kali! Buku dan
DVD bertajuk “I Am Maru”, DVD Maru Desu dan buku berbahasa Jepun telah
diterbitkan untuk merakam aksi-aksi manja Maru.
Colonel Meow
Anda pasti tidak akan lupakan wajah garang Colonel Meow ini. Colonel
Meow ialah seekor kucing jantan berbaka Parsi-Himalaya dan merupakan
pemegang rekod Guinness 2014 untuk bulu kucing terpanjang – 9 inci!
Colonel Meow menjadi terkenal apabila pemiliknya (“slave beasts”)
berkongsi gambar-gambarnya di Facebook dan Instagram. Beliau mempunyai
beratus ribu pengikut yang dipanggil “minions”. Di kalangan pengikutnya,
Colonel Meow sering dipanggil “Diktator Comel yang Menakutkan”,
“Peminum Scotch”, dan “Kucing Paling Pemarah dalam Dunia”.
4. Lil Bub
Pada asalnya, Lil Bub merupakan kucing liar yang diambil sejak kecil
oleh tuannya. Akibat dari mutasi genetik, Lil Bub memiliki mata yang
besar, berbadan kecil dan lidah yang sentiasa terkeluar. Meskipun dengan
pelbagai kesukaran yang beliau hadapi, Lil Bub dapat membesar dengan
sihat di bawah penjagaan tuannya, Bridavsky. Bridavsky sering berkongsi
video Lil Bub di Youtube, dan hasilnya Lil Bub telah mengumpul 100,000
pengikut dan pageview sebanyak 19 juta. Pada masa kini, Lil Bub telah
mempunyai buku sendiri, merupakan hos rancangan bual bicara, “seekor”
bintang filem dan telah berjaya mengumpul dana USD $100,000 untuk
membantu haiwan-haiwan yang memerlukan pertolongan.
Cooper
Cooper adalah kucing berusia 6 tahun yang tinggal di Seattle. Seminggu
sekali, beliau akan memakai kamera ringan yang dilekat pada kolarnya dan
bawa kita berjalan-jalan di dalam dunianya. Juga dikenali sebagai
Kucing Fotografer, laman web beliau dapat dapat dilawati di
PhotographerCat.com.
6.Hamilton the Hipster Cat
Hamilton dahulu merupakan seekor anak kucing jalanan yang diselamatkan
oleh tuannya. Apa yang menarik tentang Hamilton adalah misainya yang
ala-ala Wak Doyok gitu. Facebook page Hamilton telah mengumpul sebanyak
99,000 pengikut, dan semakin bertambah setiap hari. Ada yang memanggil
Hamilton sebagai “Misai Paling Cool dalam Internet”. Hamilton berpotensi
untuk menjadi kucing yang paling popular dalam internet dan sering
disebut-sebut sebagai “The Next Grumpy Cat”
7. Grumpy Cat
Grumpy Cat ialah seekor kucing betina yang lahir pada 4 April 2012. Nama
sebenar beliau ialah Tardar Sauce. Beliau menjadi terkenal di internet
oleh kerana ekspresi mukanya yang sering masam mencuka. Menurut pemilik
beliau, Tabatha Bundesen, mukanya setiap masa “grumpy” adalah disebabkan
feline dwarfism – yakni kekerdilan saiznya. Nama beliau mencanak naik
pada 2013 selepas gambarnya dimuat naik ke laman sosial Reddit. Wajah
beliau sering dijadikan”meme” dengan caption lucu, dan sering menarik
hati peminat untuk di-”viral”kan. Grumpy Cat adalah kucing yang paling
popular di internet pada masa ini. Grumpy Cat juga mungkin merupakan
kucing terkaya di dunia – dengan beliau menjadi model Friskies, iklan
Cheerios, 2 buku, kopi dengan jenama beliau, sering muncul dalam
rancangan bual bicara, dan kontrak filem – semuanya dalam masa setahun
setengah selepas beliau muncul di Reddit.
1 ulasan:
as salm..bestnya..semua pasal kucing..i love cat
Catat Ulasan