Khabar gembira buat para wanita yang sering mengalami masalah kaki yang sering sakit di saat memakai sepatu bertumit tinggi.
Menurut Brit.co, kini satu penemuan baru telah ditemui bagi mengatasi segala masalah kaki yang ngeri kerana terlalu lama mengenakan 'high heels'.
Kasut yang diberi nama sepatu hidrolik ini telah dicipta khas bagi kaum hawa yang ingin tampil seksi disaat berjalan dengan sepatu bertumit tinggi tanpa merasa sakit.
Sepatu tersebut merupakan hasil buah fikiran seorang pereka kasut lulusan Kolej Fesyen London yang dikenali sebagai Silva Fado Morado.
Alas kaki yang dimuatkan dalam kasut tersebut menggabungkan keselesaan dan keindahan dalam penggayaan dan tidak akan menimbulkan rasa sakit kepada si pemakai walaupun dipakai dalam jangka waktu yang lama.
Namun, koleksi sepatu hidrolik ini masih belum menembusi mana-mana pasaran kerana masih dalam proses penambahbaikan dan pelbagai inovasi sedang dikembangkan lagi dalam produk tersebut.
Oleh itu anda harus bersabar untuk memilikinya, dan kemungkinan besar kasut tersebut pastinya dijual dengan harga yang mahal kerana teknologi yang ditonjolkan masih belum digunakan dalam pembuatan kasut secara meluas.
0 ulasan:
Catat Ulasan