Anda tahu bukan akibat buruk jika malas cuci/bersihkan muka sebelum tidur. Mungkin anda tahu cum anda ambil ringan akan kepentingan kepada kulit anda. Kami kongsikan 4 perkara mudah yang harus anda lakukan sebelum tidur.
BERSIHKAN WAJAH
Anda sibuk walau macam manapun, anda harus luangkan sedikit untuk bersihkan wajah anda. Membersihkan wajah dari makeup, debu dan keringat akan membantu regenerasi kulit ketika tidur. Kulit yang bersih akan memaksimumkan pertumbuhan semula kulit. Sedangkan kulit yang masih tertutup makeup dan kotoran akan menyebabkan banyak masalah kulit, mulai dari jerawat, wajah merah hingga penuaan awal.
BERUS GIGI
Jangan pernah lupa memberus gigi sebelum tidur. Jangan sampai sisa makanan di dalam mulut menjadi asid dan merosakkan gigi anda secara perlahan. Mesti tak nak sebarang kerosakan gigi bukan? Maka dengan itu, bersihkan gigi sebelum tidur.
PAKAI PELEMBAP
Lebih baik gunakan pelembab malam hari, kerana pelembab biasa mengandungi pelindung sinar matahari yang tidak berguna dipakai di malam hari. Malah, ianya membuatkan kulit wajah anda sentiasa kekal lembap dan berseri. Beri perhatian juga bila bibir sering kering dan pecah-pecah. Juga bahagian siku, tumit kaki dan lutut yang sering lebih kering berbanding kawasan lain.
PAKAI KRIM MALAM
Krim malam dapat menjaga kelembapan dan keanjalan kulit. Hasilnya memang tidak kelihatan langsung, tetapi anda boleh menjaga wajah dari penuaan dengan teratur menggunakan krim malam.
0 ulasan:
Catat Ulasan