Isnin, 22 September 2014

MELAKUKAN DETOX SENDIRI DI RUMAH



Apa itu detoks? Mungkin masih ada yang kurang pasti apa itu detoks. Detoksifikasi ataupun detoks adalah proses pengeluaran racun dan zat yang bersifat racun dari dalam tubuh. Antara organ yang menjadi target proses pembersihan ini adalah usus.

Sebenarnya sebagai umat Islam, kita baru sahaja menjalani proses detoksifikasi ini sewaktu bulan puasa yang lalu. Ia sebuah ibadah yang bukan sahaja wajib, namun disebaliknya ada hikmah tersirat yang baik utk diri dan tubuh badan kita.  Meskipun Ramadan telah berlalu, kita masih boleh teruskan proses detoks ini dengan cara sendiri di rumah. Begini caranya.

DETOX YOURSELF
Selain olahraga atau bersenam, detoks juga merupakan cara bagus untuk mengembalikan kesegaran tubuh badan. Proses detoks ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara dan salah satu cara terbaik adalah melalui makanan bersumberkan alam semulajadi.

Air kelapa
Air kelapa mampu membersihkan saluran pencernaan juga melawan bakteria dan kuman membahaya dalam tubuh. Minum air kelapa hijau secara teratur juga dapat  meningkatkan daya tubuh badan dan membantu tubuh mendapatkan  air secukupnya untuk beroperasi dengan lebih sempurna.

Buah-buahan
Buah-buahan sememangnya tinggi dengan pelbagai khasiat yang dapat membantu tubuh membuang racun. Disamping mudah dicerna, buah juga mempunyai kandungan antioksidan, gizi, serat dan vitamin-vitamin penting untuk tubuh yang sihat.

Kacang hijau
Di Filipina kacang hijau yang di rebus bersama udang dan sayuran merupakan antara makanan popular dan ia sebenarnya baik untuk sistem pencernaan. Hal ini kerana kacang hijau dapat menyerap endapan atau sisa-sisa racun yang terdapat pada lapisan usus.

Bawang putih
Kalau anda nak tahu, bawang putih merupakan salah satu makanan detoks terbaik kerana ia kaya dengan antioksidan juga memiliki sifat antibakteria. Ia juga mampu merangsang usus untuk memproduksi enzim detoks yang mampu mengasingkan sisa racun dari sistem pencernaan.

Sayuran hijau
Selain dimakan mentah, sayur-sayuran juga boleh dibuat jus. Untuk mendapatkan rasa yang lebih menarik, anda boleh campurkan dengan buah-buahan yang kaya dengan serat.kombinasi makanan-makanan berkhasiat ini akan membantu usus anda untuk mengeluarkan racun-racun ini dari badan.

Tidak susah untuk kita kekal sihat. Apa yang penting sejauh mana anda mengambil berat dan peka mengenai isu kesihatan ini. Bayangkan jika segala sisa makanan yang mengandungi racun merbahaya kepada tubuh masih terperap di dalam usus ataupun tubuh badan anda. Kita umpama makanan basi terperap dalam paip sinki.

Kadangkala kesannya tidak dapat dilihat cepat, jadi persiapkan diri anda dengan cara pemakanan hidup sihat dan nyahkan toksin dari badan melalui proses detoks yang betul. Lakukannya bermula sekarang

0 ulasan: