Rabu, 24 September 2014

MINUMAN MELANGSINGKAN BADAN

Obesiti menjadi salah satu masalah penduduk Malaysia pada hari ini. Obesiti bukan hanya mengundang penyakit, malah juga menurunkan rasa keyakinan diri seseorang.  Banyak pil pelangsing yang kita boleh lihat di laman sosial dan papan iklan. Tetapi tidak semua mendatangkan hasil kalau pemakanan kita masih tidak dikawal dengan betul. Terdapat lima minuman yang dapat membantu kita untuk melangsingkan tubuh badan. Jom kita amalkan!

Minuman Melangsingkan Badan - Kopi

Gambar: kojava.com

Kopi Hitam 

Secangkir kopi hitam di awal pagi atau segelas kopi ais di waktu tengah hari sebenarnya membantu dalam menurunkan berat badan. Ia berfungsi dalam merangsang kafein yang boleh mengawal nafsu makan. Malah ia juga mampu memanaskan tubuh badan kita dan meningkatkan metabolisme dalam badan. Cuma, kurangkan gula dalam kopi atau gunakan susu skim.

Minuman Melangsingkan Badan - Air

Gambar: karmalicious.ca

Air 

Semua orang tahu bahawa air yang tidak mengandungi sebarang kandungan gula, atau apa sahaja campuran baik untuk kesihatan. Ia bukan sahaja membuang toksin dalam badan, malah ia sangat berkesan dalam membantu untuk menurunkan berat badan yang berlebihan. Boleh juga ditambah dengan sehiris buah lemon segar, limau nipis, timun, atau pun tomato kerana sayuran ini memberi banyak manfaat juga selain menambah perasa.

Minuman Melangsingkan Badan - Jus Sayuran

Gambar: jljuicer.com

Jus Sayuran 

Tidak kisahlah ia jus yang siap di beli dalam tin, botol atau pun buatan sendiri, jus sayuran adalah salah satu cara yang berkesan untuk memberi serat dan nutrien dalam badan kita untuk membantu tubuh badan kita menurunkan berat badan. Pengambilan sayuran dan buah-buahan membuatkan kita kenyang lebih lama.

Minuman Melangsingkan Badan - Teh Hijau

 Gambar: fitnessandhealthadvisor.com

Teh Hijau

Teh Hijau terbukti berkesan membantu dalam pelangsingan tubuh. Ia juga membantu meningkatkan metabolisme. Cuba amalkan meminum teh hijau tidak kira sejuk atau pun panas. Teh hitam dan oolong kerana kedua-duanya mengandungi anti-oksidan yang boleh menyingkirkan toksin dalam badan.

Minuman Melangsingkan Badan - Susus

Gambar: proanalytics.com.au

Susu skim

Susu skim lebih dikenali sebagai susu rendah lemak bagus yang berasaskan protein tanpa lemak, vitamin D dan kalsium yang menolong untuk pembinaan otot dan menguatkan tulang. Ia lebih sedap jika ditambah dengan sedikit coklat untuk perasa dan khasiat yang lebih efektif.
 

0 ulasan: