Rabu, 24 September 2014

Kisah Tauladan Yang Sangat Bermakna

Seorang Supervisor yg telah berkhidmat 30 tahun di dalam sebuah syarikat 'property developer' ingin bersara dan mengemukakan surat permohonan kepada majikannya. 
Pengarah syarikatnya bersetuju tetapi dengan syarat supervisor tersebut hendaklah menyiapkan satu lagi projek sebuah rumah. 
Supervisor dengan berat hati bersetuju. 

Kerana tidak sabar untuk bersara cepat maka projek rumah tersebut dibuatnya dengan pantas tetapi tidak menjaga kualitinya.
Setelah siap rumah tersebut, terkejut si supervisor apabila dimaklumkan rumah itu sebenarnya adalah hadiah majikannya kepadanya. 
Amat menyesal dalam hati supervisor tersebut kerana tidak di 'Design' rumah yang bakal didudukinya dengan sebaik mungkin.
Sebenarnya, ini lah yang terjadi pada setiap dari kita. 
Kita sekarang sedang 'Design' dan membangun di TEMPAT TINGGAL kita di akhirat kelak.
Kita beribadah untuk Allah SWT tapi pahalanya untuk diri kita sendiri, kerana Dia Maha Kaya dan sama sekali tidak memerlukan kita dan ibadah kita. 
Sebaliknya kita yang sangat-sangat memerlukan Allah SWT
Sebenarnya dengan SOLAT dan IBADAH kita, kita sedang 'Design' dan membangun TEMPAT TINGGAL kita sendiri. 
Jika kita 'Design' kan nya dengan sambil lewa, maka tak sempurna kejadiannya. 
Jika kita membangunnya dgn baik akan berbaloilah hasilnya.
Renungan Bersama...(✿◠‿◠)

0 ulasan: