Isnin, 27 April 2015

4 Sebab "Avengers: Age of Ultron" wajib ditonton

Akhirnya selepas tiga tahun filem pertama "Avengers" diriliskan, ramai yang ternanti-nanti sekuel filem ini iaitu "Avengers: Age of Ultron" yang bakal menemui penonton pada 23 April ini.

Filem "Avengers: Age of Ultron" ini dijangka akan menjadi filem terbesar untuk tahun ini dan pastinya anda tidak sabar untuk melihat Iron Man, Thor, Captain America, The Hulk, Black Widow dan Hawkeye beraksi menentang penjahat.

Bagaimanapun, jika masih perlu banyak sebab mengapa anda perlu tonton filem "Avengers: Age of Ultron" ini, kami ada lima sebab untuk anda!

The Avengers kini lebih global


Untuk sekuel kali ini akan menjanjikan penuh dengan aksi apabila The Avengers terpaksa mempertahankan dunia daripada Ultron yang mahu manusia pupus di muka bumi. "Age of Ultron" menjalani penggambaran di banyak negara antaranya Itali, New York (dimana Menara Avengers dibina), Afrika Selatan, England dan juga Korea Selatan. Selain itu, beberapa karakter baru juga akan ditampilkan dalam filem kali ini.

Senjata, peralatan baru & canggih


"Age of Ultron" akan menyaksikan The Avengers perlu lebih bersedia untuk menentang musuh baru dan ini akan menyaksikan Tony Stark akan mereka senjata dan peralatan baru yang lebih canggih untuk setiap anggota The Avengers.

Kesan Visual


Tidak hairanlah apabila "Age of Ultron" akan menggunakan banyak kesan visual (special effects) iaitu 3,000 syot VFX merangkumi lebih 10 rumah VFX termasuk Industrial Light & Magic. Selain itu, filem kali ini juga akan menyaksikan penggunakan syot daripada dron dan kereta kawalan jauh digunakan yang dikendalikan oleh Juara Kebangsaan Korea, Menstru Pa dan Pak Min Keu.

Hulkbuster vs The Hulk


Dalam "The Avengers" apabila Bruce Banner bertukar menjadi hijau dan marah pada kali pertama ketika dalam Hellicarrier telah menyebabkan tiada siapa dapat menghalangnya. Kali ini The Hulk akan bertemu dengan lawan sebenarnya seperti kata perpatah 'buku bertemu ruas'.

Resipi mudah biskut keju yang lazat


Keju, keju, keju dan keju! Itulah yang menjadi kegilaan orang ramai kini apabila makanan berkeju menjadi sentiasa menjadi pilihan tidak kiralah kek keju, pastri berkeju dan pelbagai lagi.

Bagi anda di luar sana yang merupakan seorang peminat 'die hard fan' keju ini, apa kata anda cuba buat sendiri biskut keju yang dibuat dari biskut kraker atau lebih dikenali dengan panggilan biskut kering.

Jadi, kali ini kami ingin berkongsi dengan anda resipi mudah untuk buat biskut keju ini yang dipetik dari Mingguan Wanita.

Bahan-bahan: 
1/2 tin susu pekat manis
250 gram krim keju
1 paket biskut Cracker Original
1 kotak kecil susu segar
150 gram nestum

Cara-cara Menyediakan:
• Campurkan susu pekat bersama krim keju.
• Pukul sebati hingga kembang.
• Rendamkan sebentar biskut cracker dengan susu segar, jangan sampai kembang.
• Susun rapat di dalam loyang empat segi.
• Buat satu lapisan keju di atas biskut tadi sehingga menutupi biskut cracker.
• Taburkan nestum di atas lapisan keju. Ulang langkah 3, 4 dan 5 mengikut ketebalan yang dikehendaki.
• Sejukkan dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba & menjamu selera!!

[Sumber foto: khairulabdullah]

Artis hasilkan pelbagai karakter comel guna buah-buahan!

Seni kreatif mempunyai pelbagai cabang antaranya seni kreatif dalam bidang perfileman, berlakon, penulisan novel, lukisan dan banyak lagi.

Tetapi bagi seorang artis seni bernama Sandra Suarez ini, beliau telah membawa maksud seni ke satu tahap yang baru apabila menghasilkan pelbagai jenis karakter yang dibuat daripada buah-buahan segar.

Sandra Suarez sentiasa tampil dengan karya yang kreatif.
Jadi, berikut adalah antara hasil karya yang sangat kreatif dan comel! Jika anda hendak tengok lagi karya-karya kreatif beliau, boleh lihat di laman sosial Instagram dan Facebok miliknya.

Angry Apple

Apple Caterpillar

Apple Skull

Apple Turtle

Apple Wazowski

Banana Pencil

Banana-Apple Snail

Christmas Apple


 Kiwi Birds

Lemon Bee

 Mr. Kiwi

Orange Crab

Orange Fish

Orange Snowman

Passion Fruit Homer

Pineapple Bert

Strawbery-Pear

Watermelon World Globe

Wild Banana

Tiramisu Biskut, sekali cuba pasti nak lagi!


Siapa yang tidak suka kek Tiramisu bukan? Selain dari kegilaan ramai terhadap kek keju meleleh, kek Tiramisu juga tidak kurang hebatnya berikutan ramai yang menggemarinya.

Namun, pernahkah anda terfikir untuk 'twist' sedikit kek Tiramisu ini dengan menggantikan kek dengan biskut?

Jika tidak pernah, apa kata anda cuba buat sendiri resipi mudah Biskut Tiramisu ini. [Sumber]

Sumber foto: sumber
Bahan-Bahan :
1 paket biskut Bonomi
250 gram krim keju
2 sudu teh Nescafe
1 sudu teh esen vanila
Sedikit Jus Lemon / Pes lemon
150 ml krim putar (whipping krim)
150 gram gula aising
air panas

Cara-cara menyediakan:
• Campurkan semua bahan di atas, kecuali air panas, nescafe dan biskut.
• Putar sehingga sebati / kembang. Ketepikan.
• Larutkan dua sudu kecil nescafe dalam air panas. Celupkan biskut bonomi dalam air Nescafe tadi dan kemudian aturkan dalam pinggan atau loyang.
• Paipkan krim keju di atas biskut sehingga menutup seluruh biskut. Ulang langkah 3 dan 4 sehingga berapa lapisan yang diinginkan.
• Ayak kan serbuk koko sehingga menutupi seluruh bahagian krim keju.
• Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba & menjamu selera!

[Sumber foto: sumber]

#SELFIEREADYHAIR – SEJARAH SELFIE, BURUKNYA SELFIE DALAM KEHIDUPAN

Selfie atau perbuatan menangkap gambar sendiri adalah budaya tidak asing lagi di seluruh dunia. Aplikasi dalam telefon digunakan untuk mendapatkan wajah selfie yang cantik, ada yang cetek akal fikiran sanggup bedah wajah untuk dapatkan selfie yang sempurna. Ada juga yang sanggup meredah bahaya semata-mata mendapatkan shot selfie yang paling mengancam. Selfie kemudiannya dimuat naik dalam laman-laman sosial individu seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, Twitter, Wechat, dan sebagainya. Pada mulanya selfie dikenali sebagai self-potrait dalam bahasa Inggeris dan kemudian disingkatkan kepada selfie.
Sejarah selfie ini bermula pada tahun 1909 oleh Joe Byron yang menjadi pemilik syarikat Byron, merakam gambar bersama empat rakannya, iaitu Pirie MacDonald, Kolonel Marceau, Pop Teras dan Ben Falk. Mereka berempat adalah pasukan jurugambar di Manhattan dan gambar selfie mereka ditayangkan di Muzium Bandaraya New York.
selfie1
Budaya Baharu
Pada tahun 2013, selfie diumumkan sebagai Word Of The Year oleh Oxford English Dictionary. Terdapat pelbagai jenis gambar selfie dimuat turun dalam laman sosial. Antaranya adalah melihat gambar selfie yang merakam gambar sendiri di tempat tidak sepatutnya. Bergaya dan menangkap gambar di depan cermin adalah budaya baharu dan ibarat lokasi wajib untuk selfie.
Paling banyak dilihat adalah selfie di depan cermin tandas awam berbanding rumah sendiri. Kenapa perlu tandas awam? Faktor cermin yang besar hingga menampakkan keseluruhan tubuh membuatkan ia jadi pilihan ramai. Jangan menuding jari kepada satu golongan saja, si jejaka juga tidak kurang hebatnya. Antara lokasi lain yang menjadi pilihan termasuklah dalam kereta, di tempat kerja, atas katil sebelum tidur atau di kedai makan. Selain posisi biasa, gaya rakam gambar daripada sisi atas kepala juga antara pilihan. Dipercayai, ia boleh buatkan wajah seseorang khususnya berbentuk bulat kelihatan muncung tirus selain boleh sembunyikan lemak di bawah dagu.
selfie3
Buruknya Selfie
1. Terdapat juga isu bunuh diri disebabkan selfie di London. Seorang remaja yang taksub untuk mendapatkan gambar potret dirinya selfie dengan sempurna cuba bunuh diri apabila gagal berbuat demikian. Danny Bowman, 19, menghabiskan masa 10 jam sehari untuk mengambil hampir 200 keping gambar dirinya menggunakan telefon pintar.
2. Menurut kajian Jabatan Kesihatan Mental Thailand, trend popular selfie boleh menyebabkan seseorang individu hilang keyakinan selain menyebabkan ketagihan yang boleh membawa kepada impak negatif terhadap kehidupan dan pekerjaan mereka.
3. Ada juga kes seorang wanita di Amerika Syarikat yang sanggup membelanjakan wang puluhan ribu ringgit untuk membuat pembedahan plastik ke atas wajahnya gara-gara mahukan gambar selfie yang cantik.
4. Menurut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyelar tindakan segelintir umat Islam yang bergambar atau lebih popular dengan gelaran ‘selfie’ di tanah perkuburan sempena sambutan Aidilfitri. Katanya, perbuatan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan dan boleh dikategorikan haram jika ia dilakukan dengan niat untuk berseronok.
Meskipun ia tidak dianggap sebagai satu bentuk kecelaruan, penggemar selfie perlu juga mengawal perasaan mereka. Tidak semua gambar patut dikongsi dengan orang lain dan tidak juga semua perkara perlu dirakamkan.
Sumber : 1 & 2

HIJAB ARIANI DISEGARKAN DENGAN KEHARUMAN COMFORT UNTUK PENAMPILAN YAKIN BERGAYA

Golongan wanita kini boleh memakai produk eksklusif Galeri Ariani dengan penuh keyakinan kerana ia kini disegarkan dengan teknologi Comfort NCAP yang memberikan haruman berpanjangan sehingga 14 hari serta melindungi fabrik daripada bau-bau yang tidak menyenangkan seperti makanan, pencemaran, bau asap, hapak dan peluh.
Butik eksklusif fesyen terkemuka, Galeri Ariani yang terkenal dengan rekaan tudung yang kreatif dan sofistikated, buat kali pertama akan bekerjasama dengan Comfort, peneraju jenama pelembut fabrik dunia. Jalinan kerjasama antara Ariani dan Comfort adalah bertujuan untuk menampilkan golongan wanita dengan keyakinan diri kerana kini, busana fesyen hijab Ariani telah didatangkan dengan inovasi terbaru Comfort yang menjanjikan kesegaran dan keharuman berpanjangan.
Comfort-Ariani_masthead
“Melalui kerjasama ini, koleksi tudung Ariani yang disegarkan dengan keharuman berpanjangan dari Comfort bakal melonjakkan nama Ariani seiring dengan arus fesyen terkini. Kami bangga bekerjasama dengan Comfort yang menitikberatkan kualiti tinggi seiring dengan kami. Dengan adanya kelembutan dan keharuman Comfort, ia menyerlahkan penampilan tudung kami agar pelanggan-pelanggan kami tampil anggun dan berkeyakinan tinggi,” kata Datin Farah Haryani Muhammad Philip, Pengarah Pemasaran Ariani Textiles & Manufacturing (M) Sdn Bhd.
Melalui jalinan kerjasama ini, setiap tudung dan selendang Ariani diharumkan dengan penjagaan fabrik yang terbaik, iaitu melalui penggunaan Comfort Ultra, pelembut fabrik pekat yang menjanjikan kesegaran dan keharuman berpanjangan. Pelembut fabrik Comfort Ultra, dengan teknologi NCAP, melindungi fabrik daripada bau-bau yang tidak menyenangkan seperti makanan, pencemaran, bau asap, hapak dan peluh disamping memberikan haruman berpanjangan sehingga 14 hari.
Bella Dally memakai tudung Ariani kini diharumkan dengan Comfort6
Sebagai permulaan, kesemua tudung dan selendang di Galeri Ariani, Jakel Mall akan disegarkan dengan haruman Comfort Ultra. Menjelang akhir bulan April, semua pelanggan Ariani mengunjungi gedung Ariani diserata negara akan dapat merasai pengalaman yang sama.
Bagi memberikan pengalaman yang lebih indah, pelanggan-pelanggan Ariani akan menerima baucar diskaun bernilai RM20 dari mana-mana gedung Ariani bagi setiap resit pembelian rangkaian Comfort, bermula daripada 1 April sehingga 31 Julai 2015. Semua gedung Ariani akan mengedarkan sampul pek Comfort Ultra percuma kepada pelanggan-pelanggannya bermula dari 24 April sehingga 30 Jun 2015.
Orang awam juga berpeluang menikmati diskaun bernilai RM5 bermula dari 1 April sehingga 31 Julai 2015 apabila mereka membeli Comfort Ultra secara talian melalui laman web, eshop.tesco.com.my
Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang kempen ini atau untuk menonton video, sila layari www.facebook.com/ComfortMalaysia.

5 RAHSIA KECANTIKAN MENGGUNAKAN YOGURT

Semua orang sukakan yogurt! Biasa atau berperisa, sebagai snek atau bersama dengan pelbagai jenis makanan, ia sentiasa ada di rumah sebagai stok makanan yang wajib ada di dalam peti sejuk.
Kini, sudah tiba masanya untuk kami bongkar rahsia kecantikan menggunakan yogurt yang enak ini. Adakah anda tahu bahawa yogurt mempunyai banyak faedah kecantikan yang boleh anda dapatkan daripadanya? Berikut adalah beberapa rahsia kecantikan yang boleh anda nikmati dengan hanya menggunakan yogurt!
1. Mendapatkan Gigi yang Putih
Yogurt mengandungi kalsium dan fosforus yang membantu membuatkan enamel gigi lebih putih dengan membentuk lapisan perlindungan yang menghalang kekuningan. Ia juga membantu untuk mengelakkan nafas berbau. Sapukan secara kerap pada gigi anda untuk melihat keputusan yang baik.
2. Menghilangkan Kelemumur
Sapukan yogurt pada kulit kepala dan rambut anda, dan biarkan selama kira-kira 20 minit sebelum mencuci kepala. Ia melicinkan rambut anda, melegakan gatal pada kulit kepala dan mengurangkan kelemumur dengan ketara. Lakukan ini sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu.
3. Membantu Pengelupasan
Campurkan sedikit walnut hancur bersama yogurt untuk membuat scrub buatan sendiri. Walnut membantu mengelupaskan liang, manakala yogurt akan memberikan khasiat kepada kulit dan pada masa yang sama, membantu anda menghilangkan tompok kering dan kulit mati.
4. Melambatkan Penuaan
Campurkan yogurt dengan timun untuk menghilangkan garis-garis halus dan kedutan. Timun mempunyai kesan penyejukan dan membantu mengetatkan liang terbuka, manakala yogurt membantu dalam proses menegangkan kulit. Lakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu.
5. Menghilangkan Bintik Hitam
Campurkan sedikit tepung beras bersama yogurt untuk membuat pes yang boleh anda gosokkan pada wajah dalam gerakan membulat lembut untuk menghilangkan bintik hitam dan bintik putih. Anda juga boleh tambahkan kunyit dan serbuk cendana untuk mendapatkan lebih banyak manfaat kecantikan.
Aplikasi yogurt pada kulit juga membantu mengurangkan jerawat dan melawan pertumbuhan jerawat. Ia adalah salah satu penyelesaian yang paling kos efektif dan mudah didapati untuk merawat pelbagai isu kulit dan juga rambut.

Sabtu, 25 April 2015

GAMBAR ROBOT JELITA SAMBUT TETAMU DI KOMPLEKS BELI BELAH JEPUN

Biar betul robot sebagai penyambut tetamu? Ya! Gedung serbaneka utama di Tokyo menerima penyambut tetamu namun dia bukan calang-calang orang sebaliknya robot yang menyerupai manusia atau disebut humanoid. Robot tersebut Aiko Chihira sebenarnya direka mirip kepada bentuk tipikal seorang wanita Jepun dan digerakkan dengan 43 motor, malah diprogramkam untuk berkomunikasi dalam Bahasa Jepun.
Menurut Pengurus Bahagian Pembangunan Perniagaan Baharu Toshiba, Hitoshi Tokuda, gadis humanoid itu juga boleh berinteraksi menerusi bahasa isyarat Jepun khusus untuk golongan cacat pendengaran.
Screen Shot 2015-04-23 at 12.22.43 PM
Buat masa ini, Aiko hanya membaca skrip bahasa Jepun yang sudah diprogramkan awal namun, tidak lama lagi, kemahirannya akan ‘dinaik taraf’ dan mungkin boleh bertutur dalam beberapa bahasa asing lain. Aiko bertugas sebagai penyambut tetamu di pintu masuk gedung tersebut sehingga esok tetapi bermula lusa, dia akan berpindah memberi panduan kepada para pelanggan yang berada di tingkat 7 sehingga 5 Mei.
Humanoid jelita terbaharu keluaran firma Toshiba ini turut dibangunkan hasil ciptaan perintis sistem teknologi android, Hiroshi Ishiguro menerusi kajian makmal robotik pintar di Universiti Osaka. – Agensi



7 MANFAAT KECANTIKAN KUNYIT YANG LUAR BIASA

Kunyit adalah salah satu rempah yang paling biasa digunakan dalam kari orang Asia. Ia juga dianggap mempunyai kelebihan kesihatan yang terbaik. Walau bagaimanapun, anda akan terkejut untuk mengetahui bahawa kunyit, yang lebih dikenali sebagai ‘Haldi’ di India, juga mempunyai banyak manfaat kecantikan. Wanita kini boleh menikmati peningkatan dalam kecantikan mereka dengan menggunakan kunyit pada kulit dan penjagaan rambut harian mereka.
Berikut adalah beberapa cara di mana kunyit boleh memberi banyak manfaat kecantikan kepada anda:
1. Melambatkan Penuaan
Kunyit diketahui mempunyai ciri-ciri yang membantu dalam melambatkan tanda-tanda penuaan. Campurkan kunyit dan tepung gram dengan air dalam kuantiti yang sama untuk membentuk pes. Sapukan pada muka, leher dan lengan. Apabila ia kering, gosok perlahan-lahan dalam gerakan membulat, dan kemudian bersihkan dengan air suam. Lakukan ini secara kerap untuk mengelakkan kedutan dan untuk mendapatkan kulit yang lebih muda.
2. Mengurangkan Jerawat
Oleh kerana kehadiran ciri-ciri antibakteria dan antiseptik dalam kunyit, ia membantu untuk memerangi jerawat. Ia juga mengawal rembesan minyak di kulit (bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak) dan memudarkan parut jerawat. Hanya campurkan sedikit kunyit bersama serbuk cendana dan sedikit jus lemon. Jadikan sebagai mask, dan biarkan ia kering, kemudian bersihkan dengan air sejuk.
3. Memperbaiki Warna Kulit
Kunyit meratakan warna kulit seseorang dan memberi kesan bercahaya dan berseri. Ini adalah sebab mengapa kunyit digunakan untuk bakal pengantin sebelum hari perkahwinan mereka di negara Asia Selatan, supaya mereka boleh kelihatan cantik. Masukkan kunyit ke dalam bahan mask muka anda untuk melihat peningkatan dalam kulit anda.
4. Merawat Tumit Kaki Pecah
Sebelum tidur pada waktu malam, sapukan sedikit minyak kelapa dicampur dengan kunyit pada tumit kaki yang pecah. Pakai stokin dan tidur. Ia bukan sahaja akan menghalang cadar anda daripada kotor, tetapi juga akan membantu minyak untuk menyerap dengan baik pada kulit. Anda akan bangun pagi dengan kaki yang lebih lembut dan licin. Lakukannya secara kerap untuk melihat keputusan yang baik.
5. Membuang Sel-Sel Kulit Mati
Susu mentah dan jus tomato dicampur dengan sedikit serbuk beras dan kunyit akan membantu anda membentuk pes yang mudah mengelupaskan sel-sel kulit mati. Ia juga membantu untuk menghalang pembentukan kedutan. Anda juga boleh membuat campuran kunyit dengan susu mentega untuk dijadikan sebagai mask muka, yang baik untuk menghilangkan kedutan pada wajah.
6. Mengurangkan Kelemumur
Minyak zaitun dan kunyit boleh dicampur dan diurutkan pada rambut dan kulit kepala, satu jam sebelum mencuci kepala. Ini membantu untuk memberikan khasiat kepada akar rambut dan mengurangkan kelemumur. Kunyit juga mempunyai ciri-ciri yang membantu dalam meningkatkan pertumbuhan rambut dan memperbaiki keadaan folikel rambut, dengan itu mengurangkan peluang untuk keguguran rambut juga.
7. Menanggalkan Bulu Halus di Muka
Campuran kunyit bersama tepung gram boleh digosok pada muka anda untuk mengurangkan bulu halus. Setelah pes kering, ia akan melekat pada bulu halus di muka anda, setelah itu gosokkan dengan lembut bagi melembutkan bulu itu, sekaligus menanggalkannya. 
Selamat mencuba!

PELEKAT EKSKLUSIF LINE LEE KWANG SOO UNTUK PEMINAT DI MALAYSIA!

Anda dah tonton LINE TVC bersama Lee Kwang Soo? Kelakar bukan? Pelbagai kejutan menanti untuk semua peminat Lee Kwang Soo di Malaysia! LINE, peneraju platform kehidupan yang terkemuka di dunia, secara rasminya telah melancarkan pelekat LINE Lee Kwang Soo yang hanya boleh didapati di Malaysia. 300 Friendship  Points (bersamaan dengan RM3) akan diberikan kepada 10,000 pengguna LINE yang menghantar paling banyak pelekat LINE Lee Kwang Soo.
Bersempena dengan pelancaran LINE Mileage, LINE telah melancarkan satu set pelekat personaliti popular Korea, Lee Kwang Soo, yang telah dicipta dengan ciri-ciri tempatan khas untuk peminat di Malaysia. Pelekat ini boleh dimuat turun di LINE Sticker Shop (pada 23 April hingga 6 Mei 2015).
Lee Kwang Soo Sticker details
LINE juga akan mengadakan acara menghantar pelekat LINE Lee Kwang Soo dari 23 April – 27 April untuk menghadiahkan mata tambahan LINE Mileage Friendship kepada pengguna. Untuk menjadi salah satu pemenang bertuah, pengguna perlu memuat turun set pelekat Lee Kwang Soo dan menghantar seberapa banyak stickers kepada rakan-rakan mereka.
10,000 pengguna yang menghantar paling banyak pelekat Lee Kwang Soo akan menerima 300 Friendship Points untuk dinikmati dengan pelbagai jenama gaya hidup mewah seperti Starbucks, Chatime, Zalora, Lazada dan banyak lagi, melalui program ganjaran LINE Mileage.
Jom tengok LINE TVC


Tonton sekali belakang tabir pembikinan TVC, anda lihat sendiri gelagat Lee Kwang Soo, tak kering gusi tengok…


SUNSILK LANCAR SUNSILK MOVIE SELFIE, ANDA BOLEH ‘SELFIE READY HAIR, ANYTIME, ANYWHERE’

Bagi kebanyakan gadis, saat yang menyeronokkan dan penuh keyakinan selalunya dirakam dengan selfie. Tiada lagi cara yang terbaik untuk mengambil gambar selain dengan rambut yang cantik dan sedia selfie.
Sunsilk buat pertama kalinya melancarkan Sunsilk Selfie Movie dengan tema ‘Selfie Ready Hair, Anytime, Anywhere’, menjemput para gadis untuk menjadi sebahagian daripada kempen yang riang dan menyeronokkan bagi mendapatkan rambut yang cantik dan sediaselfie.
Screen Shot 2015-04-23 at 11.33.13 AM
Kempen Sunsilk Selfie Movie untuk memberi keyakinan kepada para gadis dan membantu mereka tampil cantik dan ceria pada bila-bila masa dan di mana jua. Rangkaian penjagaan rambut Sunsilk Smooth & Manageable akan membantu gadis-gadis ini mendapatkan rambut yang lembut dan mudah diurus, manakala Sunsilk Selfie Movie adalah cara terbaik merakamkan saat-saat rambut terbaik bersama dengan para gadis Sunsilk.
Kempen ini diterajui oleh rangkaian Sunsilk Smooth & Manageable, yang dicipta bersama dengan pakar penjagaan rambut terkemuka di dunia, Yuko Yamashita. Rangkaian penjagaan rambut ini terdiri daripada syampu, perapi, krim rawatan dan krim tanpa bilas.
Peraduan Sunsilk Selfie Movie
1. Sertai peraduan dan menjadi sebahagian daripada Sunsilk Selfie Movie di mana para gadis dijemput melayari www.sunsilkmalaysia.my/selfiemovie dan memuat naikselfie mereka.
2. Mereka akan diberikan satu peluang untuk memuat naik selfiemereka sebagai permulaan. Sekiranya mereka ingin memiliki lebih peluang untuk memuat naik selfie, mereka perlu membeli produk Sunsilk bernilai sehingga RM15, termasuk Sunsilk Smooth & Manageable, di Watsons atau Tesco.
3. Dengan menggunakan bukti pembelian ini, mereka boleh memuat naik empat selfie atau wefie mereka sendiri. Sepuluh (10) orang pemenang bertuah akan menerima hadiah kamera selfie bernilai RM3,000.00.
4. Peraduan ini akan berlangsung dari 3 Mac 2015 sehingga 3 Mei 2015 . Untuk maklumat lanjut, sila layariwww.sunsilkmalaysia.my/selfiemovie.

Isnin, 20 April 2015

TEST KEWARASAN OTAK

TEST KEWARASAN OTAK
1. Jawab dgn spontan (MESTI CEPAT),
tak boleh fikir lama2.
2. baca satu demi satu.
3. fokus..

Permainan fokus warna ...

1. kertas A4 warnanya apa ??
2. awan warnanya apa ??
3. tisu warnanya apa ??
4. lembu minum apa ??

Yang menjawab susu fokus anda terganggu,
sbb lembu minum air..

1. rambut anda warna apa ??
2. bulu mata warnanya apa ??
3. jalan tar warnanya apa ??
4. kelawar tidur bila ??

Yang menjawab malam, maknanye fikiran anda
tergganggu, sbb kelawar tidur di siang hari..

1. warna dari cendol apa ??
2. daun kelapa warnanya apa ??
3. warna umum rumput ??
4. Zirafah makan apa ??

Yang jawab rumput , maknanya emosi anda
celaru, sbb Zirafah makan daun..
Haaaa..!! Klu byk jawapan anda yg salah, anda dlm keadaan stress ... pergilah bercuti...