Jumaat, 10 April 2015

Alami Perlindungan Sehingga 12 Jam Dengan Rangkaian Dettol Healthy Fresh Body Wash




Rangkaian Dettol Healthy Fresh Body Wash kini memberi perlindungan sehingga 12 jam daripada kuman punca bau badan dan memberikan kesegaran yang berkekalan. Selain daripada pelancaran semula, Dettol juga melancarkan varian baharu; iaitu Dettol Lasting Fresh dengan ekstrak timun.
Pelancaran baru ini menekankan keprihatinan Dettol terhadap keperluan pengguna dan kepentingan kebersihan diri yang baik untuk memberi perlindungan yang terbaik terhadap kuman dan bakteria. Dengan ciri-ciri anti-bakteria Dettol dan formulasi baharu yang dipertingkatkan, varian terbaru Dettol, iaitu Dettol Lasting Fresh melindungi anda daripada kuman punca bau badan sehingga 12 jam!
Photo 17
 Selain itu, rangkaian ini dipakej dalam botol PET lutsinar serba baharu yang bukan sahaja menarik tetapi mempunyai penampilan berkualiti. Dipercayai oleh keluarga dan ahli-ahli profesional perubatan selama beberapa generasi, Dettol Healthy Fresh Body Wash adalah mandian badan yang sesuai untuk setiap keluarga di Malaysia supaya mereka boleh 100% yakin dilindungi daripada kuman dan bakteria di samping berasa segar sepanjang hari.
Rangkaian Dettol Healthy Fresh Body Wash yang dipertingkatkan ini boleh didapati dalam empat (4) varian. Rangkaian ini juga mempunyai formula pH seimbang untuk melindungi kelembapan kulit:
Dettol Lasting Fresh Body Wash – Diperkaya dengan ekstrak timun, bau yang luar biasa dan teknologi kesegaran tahan lama yang unik sentiasa memberi anda kesegaran seolah-olah baru lepas mandi.
Dettol Cool Body Wash – Menthol sejuk merangsang deria anda, meninggalkan rasa sejuk segar selepas setiap kali mandi.
Dettol Fresh Body Wash – Dengan wangian sitrus yang menyegarkan, memberi anda rasa segar sentiasa.
Dettol Re-energize Body Wash – Aroma limau mandarin segar membaikpulih tenaga anda sekeluarga selepas setiap mandian.
Dettol Healthy Fresh Body Wash boleh didapati dalam saiz 250ml (RM6.90), 500ml (RM11.90), 950ml (RM17.90) dan isian semula 900ml (RM15.25). Dettol Healthy Fresh Body Wash boleh didapati di semua pasaraya di seluruh negara dan sesuai untuk digunakan oleh seluruh keluarga.

 Lunch RM 5..murah ke mahal? Tengok ni

0 ulasan: