Isnin, 27 April 2015

#SELFIEREADYHAIR – SEJARAH SELFIE, BURUKNYA SELFIE DALAM KEHIDUPAN

Selfie atau perbuatan menangkap gambar sendiri adalah budaya tidak asing lagi di seluruh dunia. Aplikasi dalam telefon digunakan untuk mendapatkan wajah selfie yang cantik, ada yang cetek akal fikiran sanggup bedah wajah untuk dapatkan selfie yang sempurna. Ada juga yang sanggup meredah bahaya semata-mata mendapatkan shot selfie yang paling mengancam. Selfie kemudiannya dimuat naik dalam laman-laman sosial individu seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, Twitter, Wechat, dan sebagainya. Pada mulanya selfie dikenali sebagai self-potrait dalam bahasa Inggeris dan kemudian disingkatkan kepada selfie.
Sejarah selfie ini bermula pada tahun 1909 oleh Joe Byron yang menjadi pemilik syarikat Byron, merakam gambar bersama empat rakannya, iaitu Pirie MacDonald, Kolonel Marceau, Pop Teras dan Ben Falk. Mereka berempat adalah pasukan jurugambar di Manhattan dan gambar selfie mereka ditayangkan di Muzium Bandaraya New York.
selfie1
Budaya Baharu
Pada tahun 2013, selfie diumumkan sebagai Word Of The Year oleh Oxford English Dictionary. Terdapat pelbagai jenis gambar selfie dimuat turun dalam laman sosial. Antaranya adalah melihat gambar selfie yang merakam gambar sendiri di tempat tidak sepatutnya. Bergaya dan menangkap gambar di depan cermin adalah budaya baharu dan ibarat lokasi wajib untuk selfie.
Paling banyak dilihat adalah selfie di depan cermin tandas awam berbanding rumah sendiri. Kenapa perlu tandas awam? Faktor cermin yang besar hingga menampakkan keseluruhan tubuh membuatkan ia jadi pilihan ramai. Jangan menuding jari kepada satu golongan saja, si jejaka juga tidak kurang hebatnya. Antara lokasi lain yang menjadi pilihan termasuklah dalam kereta, di tempat kerja, atas katil sebelum tidur atau di kedai makan. Selain posisi biasa, gaya rakam gambar daripada sisi atas kepala juga antara pilihan. Dipercayai, ia boleh buatkan wajah seseorang khususnya berbentuk bulat kelihatan muncung tirus selain boleh sembunyikan lemak di bawah dagu.
selfie3
Buruknya Selfie
1. Terdapat juga isu bunuh diri disebabkan selfie di London. Seorang remaja yang taksub untuk mendapatkan gambar potret dirinya selfie dengan sempurna cuba bunuh diri apabila gagal berbuat demikian. Danny Bowman, 19, menghabiskan masa 10 jam sehari untuk mengambil hampir 200 keping gambar dirinya menggunakan telefon pintar.
2. Menurut kajian Jabatan Kesihatan Mental Thailand, trend popular selfie boleh menyebabkan seseorang individu hilang keyakinan selain menyebabkan ketagihan yang boleh membawa kepada impak negatif terhadap kehidupan dan pekerjaan mereka.
3. Ada juga kes seorang wanita di Amerika Syarikat yang sanggup membelanjakan wang puluhan ribu ringgit untuk membuat pembedahan plastik ke atas wajahnya gara-gara mahukan gambar selfie yang cantik.
4. Menurut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyelar tindakan segelintir umat Islam yang bergambar atau lebih popular dengan gelaran ‘selfie’ di tanah perkuburan sempena sambutan Aidilfitri. Katanya, perbuatan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan dan boleh dikategorikan haram jika ia dilakukan dengan niat untuk berseronok.
Meskipun ia tidak dianggap sebagai satu bentuk kecelaruan, penggemar selfie perlu juga mengawal perasaan mereka. Tidak semua gambar patut dikongsi dengan orang lain dan tidak juga semua perkara perlu dirakamkan.
Sumber : 1 & 2

0 ulasan: