Mungkin ada di antara kita yang
langsung tidak mengetahui pelbagai khasiat istimewa dalam susu kambing
berbanding susu lembu. Kajian mendapati kandungan nutrisi susu kambing
adalah dua kali ganda lebih baik berbanding susu lembu biasa. Kandungan
gizi itu ialah protein, vitamin B2, kalsium, inositol, vitamin C, zat
besi, vitamin A, karbohidrat, vitamin D, sodium, asid folik, vitamin B12
dan potassium.
Manfaat daripada susu kambing
1. Menurut satu kajian Universiti Granada mendapati susu kambing
lebih mudah dicerna dan sesuai untuk mereka yang alah dengan susu lembu.
2. Susu kambing tidak mengandungi protein kompleks yang menjadi penyebab utama kepada alahan.
3. Molekul lemak susu kambing juga lebih halus dan hanya memerlukan
20 minit sahaja untuk dicerna berbanding susu lembu yang memerlukan
lebih dua jam.
4. Susu kambing boleh membantu penghidap demam kuning dan membantu pesakit anemia.
5. Susu kambing membantu pesakit anemia kerana ia mempunyai sifat
pengaktif antibodi yang boleh merangsang penghasilan sel-sel darah
merah.
6. Di kalangan orang Islam, susu kambing lebih afdal diminum kerana ia adalah sebahagian daripada sunah Nabi Muhammad s.a.w.
Kini, dengan gabungan makanan-makanan sunah lain, susu kambing
memberikan manfaat yang baik untuk kesihatan dan kesejahteraan manusia.
Harian Metro
Comel mereka ni. Jom TONTON pasti korang tersenyum
Ramai keliru bagaimana pemandu boleh rempuh buaya di lebuh raya
-
Gambar seekor buaya yang dirempuh kereta di Jalan Penanjong di Tutong,
Brunei, telah menjadi tular. - Foto tularKUALA LUMPUR: Gambar seekor buaya
besar ya...
Sehari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan