Sabtu, 25 April 2015

7 MANFAAT KECANTIKAN KUNYIT YANG LUAR BIASA

Kunyit adalah salah satu rempah yang paling biasa digunakan dalam kari orang Asia. Ia juga dianggap mempunyai kelebihan kesihatan yang terbaik. Walau bagaimanapun, anda akan terkejut untuk mengetahui bahawa kunyit, yang lebih dikenali sebagai ‘Haldi’ di India, juga mempunyai banyak manfaat kecantikan. Wanita kini boleh menikmati peningkatan dalam kecantikan mereka dengan menggunakan kunyit pada kulit dan penjagaan rambut harian mereka.
Berikut adalah beberapa cara di mana kunyit boleh memberi banyak manfaat kecantikan kepada anda:
1. Melambatkan Penuaan
Kunyit diketahui mempunyai ciri-ciri yang membantu dalam melambatkan tanda-tanda penuaan. Campurkan kunyit dan tepung gram dengan air dalam kuantiti yang sama untuk membentuk pes. Sapukan pada muka, leher dan lengan. Apabila ia kering, gosok perlahan-lahan dalam gerakan membulat, dan kemudian bersihkan dengan air suam. Lakukan ini secara kerap untuk mengelakkan kedutan dan untuk mendapatkan kulit yang lebih muda.
2. Mengurangkan Jerawat
Oleh kerana kehadiran ciri-ciri antibakteria dan antiseptik dalam kunyit, ia membantu untuk memerangi jerawat. Ia juga mengawal rembesan minyak di kulit (bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak) dan memudarkan parut jerawat. Hanya campurkan sedikit kunyit bersama serbuk cendana dan sedikit jus lemon. Jadikan sebagai mask, dan biarkan ia kering, kemudian bersihkan dengan air sejuk.
3. Memperbaiki Warna Kulit
Kunyit meratakan warna kulit seseorang dan memberi kesan bercahaya dan berseri. Ini adalah sebab mengapa kunyit digunakan untuk bakal pengantin sebelum hari perkahwinan mereka di negara Asia Selatan, supaya mereka boleh kelihatan cantik. Masukkan kunyit ke dalam bahan mask muka anda untuk melihat peningkatan dalam kulit anda.
4. Merawat Tumit Kaki Pecah
Sebelum tidur pada waktu malam, sapukan sedikit minyak kelapa dicampur dengan kunyit pada tumit kaki yang pecah. Pakai stokin dan tidur. Ia bukan sahaja akan menghalang cadar anda daripada kotor, tetapi juga akan membantu minyak untuk menyerap dengan baik pada kulit. Anda akan bangun pagi dengan kaki yang lebih lembut dan licin. Lakukannya secara kerap untuk melihat keputusan yang baik.
5. Membuang Sel-Sel Kulit Mati
Susu mentah dan jus tomato dicampur dengan sedikit serbuk beras dan kunyit akan membantu anda membentuk pes yang mudah mengelupaskan sel-sel kulit mati. Ia juga membantu untuk menghalang pembentukan kedutan. Anda juga boleh membuat campuran kunyit dengan susu mentega untuk dijadikan sebagai mask muka, yang baik untuk menghilangkan kedutan pada wajah.
6. Mengurangkan Kelemumur
Minyak zaitun dan kunyit boleh dicampur dan diurutkan pada rambut dan kulit kepala, satu jam sebelum mencuci kepala. Ini membantu untuk memberikan khasiat kepada akar rambut dan mengurangkan kelemumur. Kunyit juga mempunyai ciri-ciri yang membantu dalam meningkatkan pertumbuhan rambut dan memperbaiki keadaan folikel rambut, dengan itu mengurangkan peluang untuk keguguran rambut juga.
7. Menanggalkan Bulu Halus di Muka
Campuran kunyit bersama tepung gram boleh digosok pada muka anda untuk mengurangkan bulu halus. Setelah pes kering, ia akan melekat pada bulu halus di muka anda, setelah itu gosokkan dengan lembut bagi melembutkan bulu itu, sekaligus menanggalkannya. 
Selamat mencuba!

0 ulasan: