Buah
ini disukai ramai kerana rasanya yang manis. Disebalik rasanya yang
enak, anda juga harus tahu buah mata kucing memmpunyai banyak khasiat
untuk tubuh anda. Buah mata kucing
memiliki banyak nutrisi, antaranya lemak, vitamin A, B, protein, asid
tartaric, fitokimia yang merupakan senyawa kimia tumbuhan yang sangat
baik untuk kesihatan tubuh manusia.
Berikut merupakan beberapa khasiat buah mata kucing yang perlu anda tahu:
1. Anti tekanan
Buah mata kucing sangat berkesan sebagai
anti tekanan. Pengambilan buah mata kucing akan memberikan kesan
yang menenangkan, mengatasi masalah iritasi dan meningkatkan fungsi
saraf. Ia juga boleh mengatasi masalah penyakit yang berkaitan dengan
gangguan tidur.
2. Memberi tenaga pada tubuh
Buah mata kucing mempunyai kadar lemak
dan kalori yang rendah, namun buah ini memiliki karbohidrat kompleks
yang mampu memberikan tenaga untuk tubuh serta dapat meningkatkan
stamina.
3. Mengatasi kerosakan sel
Bersama dengan polifenol, buah mata
kucing mampu membantu mencegah radikal bebas yang ada di dalam tubuh
serta mengatasi kerosakan sel. Buah mata kucing juga mampu memerangi
sel kanser.
4. Membantu gerak kerja jantung
Dengan mengurangkan tahap stress dan
kepenatan, buah mata kucing mampu membantu gerak kerja jantung. Selain
itu, ia juga boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan
strok.
5. Melancarkan perjalanan darah
Buah mata kucing dikatakan mampu membantu melancarkan perjalanan darah sehingga ia dapat membantu mencegah anemia.
6. Sesuai untuk diet
Buah mata kucing mengandungi kadar lemak dan kalori yang sangat rendah dan bagus bagi anda yang ingin melakukan diet.
7. Merawat kulit
Buah mata kucing bagus untuk kulit
kerana memiliki kandungan anti penuaan yang mencegah kedutan pada kulit
dan mencerahkan warna kulit.
8. Melindungi tubuh daripada serangan demam dan selsema
Buah mata kucing mengandungi vitamin C yang mampu melindungi tubuh manusia daripada serangan demam dan juga selsema.
Sumber: Women Online Magazine
0 ulasan:
Catat Ulasan