Bahan-Bahan Untuk Sira Sambal
15 tangkai cili kering
5 biji bawang putih
1/4 cawan sos tomato
2-3 sudu besar gula pasir (ataupun mengikut citarasa)
1/2 labu bawang besar
Garam secukup rasa
5 biji bawang putih
1/4 cawan sos tomato
2-3 sudu besar gula pasir (ataupun mengikut citarasa)
1/2 labu bawang besar
Garam secukup rasa
10 -15 biji donut yang telah digoreng
Cara-Cara Memasak Sira Sambal
- Kisarkan lada kering, bawang besar dan bawang putih dengan sedikit air dan tumis hingga garing.
- Masukkan gula, garam dan sos tomato.
- Kacau lagi hingga tumisan kering atau garing.
- Kecilkan api dan buang lebihan minyak yang terhasil semasa menumis tadi.
- Dengan api yang sangat kecil, kacaukan donat bersama sambal.
- Teruskan kaedah kaup balik hingga sambal melekat pada keseluruhan donut.
- Matikan api dan sedia untuk dihidangkan!
*Sebaiknya, selepas disira, terus angkat
donut tersebut dan letakkan di atas pinggan untuk mengelakkannya
daripada melekat pada kuali.
Selamat mencuba!
Sumber: Resepi Sheila Rusly
0 ulasan:
Catat Ulasan