Pernahkah anda terfikir apa yang terjadi kepada kereta-kereta yang dirosakkan dalam filem Fast & Furious?
Kereta-kereta itu dihapuskan!
WSJ dalam satu artikel memberitahu,
pembuat filem memusnahkan 230 buah kereta untuk Furious 7 dan mereka
mengupah sebuah syarikat, Bonnie’s car Crushers untuk membersihkan
kereta-kereta yang rosak ketika melakukan penggambaran di Colorado.
Pemilik syarikat Bonnie Car Crushers, Mr
Jensen menerima panggilan daripada krew Furious 7 selepas mereka
terlihat papan tanda “we buy junk cars” beliau di lebuhraya.
Mr Jensen dan krewnya menghabiskan
beberapa hari mengangkut kereta-kereta rosak ke dalam sebuah trak.
Pembuat filem mahu mereka menghancurkan terus kereta-kereta tersebut
untuk mengelakkan sesiapa saja daripada membaiki dan ditimpa kemalangan
akibat menggunakan kereta yang telah rosak. Antara kereta yang mereka
perlu hancurkan adalah beberapa Mercedes Benz hitam, sebuah Ford Crown
Victoria dan sebuah Mitsubishi Montero.
Walaupun orang ramai sedia maklum yang
kereta-kereta ini dipersiapkan dengan baik untuk filem aksi, tetapi
apakah yang terjadi kepada kereta-kereta yang dijatuhkan dari kapal
terbang dan dilanggar selepas filem tamat?
Menurut Dennis McCarthy, koordinator
kereta untuk francais Fast & Furious, krew filem perlu mematuhi
protokol yang spesifik, mengira setiap kereta yang dirosakkan dalam
setiap filem atas sebab akaun dan liabiliti.
Pembuat filem Fast & Furious
merosakkan beratus kereta bagi setiap filem. Lebih daripada 230 kereta
untuk Furious 7. Pada tahun 2013, semasa Fast & Furious 6, apabila
kereta kebal merosakkan beberapa kenderaan tentera dan kereta di
lebuhraya di Pulau Tenerife, Sepanyol, krew filem berurusan dengan
pemilik pelupusan barang tempatan.
“Kami menghancurkan 25 buah kereta di siang hari, mereka akan datang pada waktu malam untuk mengutip dan membawakan lagi 25 buah,” kata McCarthy.
Untuk 2011, Fast Five yang mana krew
Furious melarikan bilik kebal bank di bandar Puerto Rico, pembuat filem
berurusan dengan kerajaan untuk menghantar kereta-kereta terpakai dengan
murah dari tempat pelupusan San Juan ke set penggambaran,
merosakkannya, kemudian menghantar semula ke tempat pelupusan.
Selepas penggambaran Furious 7 untuk
babak kejar mengejar di lebuhraya gunung Colorado Monarch Pass, krew
kereta menyimpan kereta kereta rosak di tempat letak kereta berhampiran
Monarch Ski Resort. Mr Jansen dan krew hanya mempunyai dua hari untuk
mengalihkan kereta-kereta itu supaya resort tersebut boleh membuat
persiapan untuk upacara pembukaan musim.
*Wah, menarik betul info yang dikongsikan oleh WSJ ini! Terima kasih, The Vocket kerana membawa kami kepadanya!
1 ulasan:
bukan senang nak hasil kan filem.. sebab tu saya memang suka betul filem fast & furious ni..
Catat Ulasan