Ahad, 15 Februari 2015

8 Tips Turun/Kekalkan Berat Badan

Semua orang terutama sekali wanita pasti mengidamkan berat badan yang langsing. Jadi kita harus lebih peka dengan cara hidup kita setiap hari sebagai contoh apa yang kita makan, kuantiti makanan yang kita ambil, senaman yang kita lakukan, sentiasa menimbang berat badan, waktu makan dan cara kita makan juga harus diambil kira.  Kadang-kadang kita merasa tertekan apabila orang lain menegur tentang badan kita samada badan kita semakin naik ataupun semakin kurus. Sudah menjadi lumrah manusia tentang ketidakpuasan diri yang tidak pernah berakhir sebagai contoh kalau kurus sangat nak gemuk sikit, kalau gemuk pulak susah hati nak kuruskan badan.
Sebab itulah selalu kita dengar tentang nasihat ‘jaga diet anda’. Disini maksud ‘jaga diet anda’ kadang-kadang orang selalu salah menggunakan perkataan ‘diet’ sebagai contoh bila kita diajak makan, kita akan jawab ‘no i’m diet’. Sebenarnya kita semua harus tahu bahawa diet dalam erti kata sebenar ialah kita harus menjaga pemakanan  bukan dengan cara kita harus berlapar atau menahan rasa lapar.
Untuk diet yang betul atau untuk kekalkan berat badan, disini ada beberapa tips yang boleh kita cuba:

plain water
1) Minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas ataupun 2 liter air sehari. Ini adalah untuk menggantikan cairan yang keluar dari tubuh dan juga membantu melancarkan sistem percernaan dan penyerapan organ dalam tubuh.  Dehidrasi atau kurang air dalam badan akan menyebabkan nafsu makan akan meningkat secara mendadak.
food
2) Makan di dalam bekas yang lebih kecil seperti mangkuk atau piring dan menggunakan sudu. Ini akan mengelakkan kita dari mengambil makanan dalam jumlah yang banyak.
3) Tidak mengambil makanan yang banyak dalam 1 masa namun perlu makan dalam kuantiti yang sedikit dan berulang kali. Makan dengan perlahan-lahan supaya kita cepat merasa kenyang.
protein
4) Mengambil protein yang cukup sekurang-kurangnya 30 gram sehari seperti ayam, daging, ikan, susu, buah-buahan dan sayur-sayuran. Protein juga dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan kita.
5) Jangan elakkan waktu makan atau membiarkan perut merasa sangat lapar kerana ini akan membuatkan kita makan dengan sangat banyak kerana terlalu lapar.
fiber
6) Lebihkan serat dalam menu makanan seharian kerana serat akan membuatkan kita merasa kenyang dan secara tidak langsung dapat mengurangkan selera makan kita.
7) Ramai yang mengelakkan makanan yang berlemak tetapi kita harus sedar bahawa tubuh badan kita juga memerlukan sedikit lemak, mineral dan vitamin cuma kita juga harus memastikan lemak yang diambil dalam keadaan terkawal seperti contoh minyak zaitun dan kekacang. Ini juga akan membantu menjaga otot dalam tubuh badan kita dan dengan mengambil sedikit lemak baik berdaya melawan penyakit dalam tubuh.
exercise
8) Akhir sekali jangan malas untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari diwaktu pagi.
Cara pemakanan kita setiap hari amat penting bagi mengekalkan berat badan yang seimbang dan juga dapat membantu meningkatkan tenaga dan mengurangkan risiko penyakit berbahaya. Bagi mencapai matlamat kita untuk menguruskan dan mengekalkan berat badan kita juga harus memastikan diet yang diamalkan adalah berkesan dan selamat kepada tubuh.

0 ulasan: