Jumaat, 13 Februari 2015

Resipi Bihun Sup Bonda Sedap & Mudah Dibuat

Bihun sup adalah makanan yang menjadi kegemaran di kalangan semua lapisan masyarakat, tak kira melayu, india, cina dan bangsa-bangsa lain pasti menggemari bihun sup. Apatah lagi jika ibu kita yang buat dan dihidangkan bersama ayam atau daging yang sangat membuka selera dan pasti menjadi hidangan yang sangat lazat. Sebab itu lah penulis namakan resepi ini bihun sup bonda. Bihun sup juga seringkali menjadi pilihan utama pada hari istimewa seperti jamuan hari raya, sebagai menu berbuka puasa, jamuan hari lahir dan sebagainya.
Masa: Penyediaan : 20 minit  Memasak: 20 minit Keseluruhan: 40 minit
Bahan-Bahan:
IMG_20150207_111430664
1 paket bihun (direbus dan ditoskan) – dicampurkan juga dengan sedikit serbuk kunyit untuk menyerlahkan warna bihun.
Bahan Sup:
IMG_20150207_111846751_HDR
1) Seekor ayam yang dipotong kecil
2) 1 biji bawang besar **
3) 2 incia halia **
4) 2 ulas bawang putih **
5) 1 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang dan 3 kuntuk bunga cengkih (untuk menaikkan bau dan rasa)
6) sup bunjut
7) serbuk pati ayam
8) 4 biji cili padi **
9) secubit garam dan gula
Bahan Cili
IMG_20150207_111943538
1) 10 tangkai cili padi (direbus dan ditoskan)
2) 3 sudu sos cili
3) sedikit garam dan gula sebagai penambah rasa.
Bahan-Bahan Hiasan:
IMG_20150207_122326571
1) Daun bawang dan daun sup (dipotong halus)
2) Bawang goreng
3) Lobak Masin (digoreng kekuningan dan potong halus)
4) Tauhu (digoreng kekuningan dan potong dadu)
5) Tauge (dicelur dan ditoskan)
Cara-cara Penyediaan:
Cara untuk penyediaan sup:
Kisarkan semua bahan yang bertanda **, masukkan kesemua bahan sup kecuali serbuk pati ayam, garam dan gula ke dalam periuk, masukkan ayam dan gaul-gaulkan di atas api sehingga ayam masak sempurna. Penulis tidak menggunakan kaedah menumis kerana ayam yang dimasak akan mengeluarkan minyak dari lemak ayam tersebut. Setelah ayam masak sempurna, masukkan air secukupnya dan akhir sekali masukkan garam, gula dan serbuk pati ayam secukup rasa. Selepas itu, kacau, tutup periuk dan perlahankan api. Biarkan sup mereneh dan masak sempurna.
Cara penyediaan untuk sambal merah:
Kisarkan cili kering dan masukkan sos cili, garam dan gula serta sedikit air. Masak cili sehingga pekat.
Setelah semuanya siap dimasak, bolehlah masukkan bihun kedalam mangkuk taburkan dengan bahan-bahan hiasan. Hidang dengan sambal merah.
Siap!! Hidangan sedia untuk dimakan.
Selamat mencuba.

0 ulasan: