
Apabila sebut sahaja sayur, pastinya golongan kanak-kanak, malahan orang dewasa juga kurang menyukainya walaupun pada hakikatnya sayur merupakan makanan yang berkahsiat.
Jadi kali ini kami ingin berkongsi dengan anda boleh memujuk anak-anak anda atau anda sendiri untuk mengamalkan memakan sayur dengan resipi mudah Lempeng Lobak Ikan Bilis yang pastinya akan menjadi juadah minum petang anda.
Jom ikuti resipi mudah yang dipetik dari Mingguan Wanita ini:
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
½ cawan kelapa parut putih
80 gm parutan lobak merah
1 ½ cawan air
1 butir telur
3 camca besar minyak
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk mendadar
Cara Membuat:
• Satukan tepung, garam, kelapa dan lobak merah.
• Dalam mangkuk lain, campurkan air, telur dan minyak.
• Kacau rata kedua-dua bahagian.
• Lengser kuali leper dengan sedikit minyak.
• Ratakan adunan untuk membuat pankek.
• Terbalikkan untuk masak sebelah bahagian lagi.
• Hidangkan dengan sambal ikan bilis.
Selamat mencuba dan menjamu selera!
[Sumber foto: mamaktichen]
9 Mitos Misteri Kembangnya Bunga Bakawali
-
Ada sesiapa dari anda yang tidak kenal dengan Bunga Bakawali? Bunga ini
tidak seperti bunga-bunga lain yang berkembang pada waktu pagi. Ia hanya
akan berke...
4 minggu yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan